Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Hari jadi Rosario dan Ronney Bikin Panas RBP disambut meriah |  Bom ikan: APMM tahan dua lelaki warga asing |  Lahir generasi celik al-Quran, hafiz dan hafizah dari awal, kata Arifin |  Polis tahan lelaki miliki syabu bernilai RM1,800 |  Polis serbu premis pemberi pinjaman wang tanpa lesen, lima suspek ditahan |  Penduduk Bombong sambut baik inisiatif pembangunan |  RCSC dijangka tingkatkan lagi hubungan M'sia, Russia |  Kerajaan Sabah beri jaminan pastikan kestabilan politik |  11 ditahan kerana terbabit dengan pengganas: KPN |  Jelius wary of Crocs backlash |  95 to participate in 50th MSS Athletics Championships |  Seniors add bite to State Juniors opener |  Malaysian, Indonesian & Bruneian poets win ASEAN poetry competition |  'Ops Vulture' uncovers Labuan’s first ‘ah long’ syndicate |  Public tip-off nets Beto the meth peddler | 
 BM

Beberapa kampung berisiko apabila tadahan air semulajadi runtuh

110817-tadahan-3b
TADAHAN air yang terbentuk di kawasan bukit.

11th August, 2017

RANAU: Beberapa kampung di sini berisiko apabila sebuah tadahan air yang terbentuk secara semula jadi dilaporkan seluas lapan ekar di kawasan bukit runtuh dengan tiba-tiba.

Ekoran hujan lebat yang berlaku setiap petang sejak beberapa hari yang lalu, satu laporan yang ditular melalui media sosial mengatakan bahawa satu tadahan seluas lapan ekar telah terbentuk di hulu Sungai Liwagu Kegibangan, di atas Kg Tinanom.

Menurut maklumat itu, takungan air itu disebabkan oleh tanah runtuh berikutan hujan lebat secara tiba-tiba setiap petang di seluruh daerah ini sejak Isnin, selepas kira-kira dua minggu cuaca kering.

Maklumat dari sumber itu juga memberi amaran kepada penduduk kampung yang tinggal di desa-desa yang terletak di hilir sepanjang Liwagu, terutama yang rumah-rumah terletak di tebing sungai supaya berhati-hati dengan apa-apa kemungkinan sekiranya empangan semulajadi itu tiba-tiba runtuh.

Di dalam posting itu juga, beberapa kampung iaitu; Kg Tinanom, Kg Paus, Kg Wakaku, Kg Bitoon dan Kg Tampios, disebut sebagai kawasan berisiko tinggi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pegawai Daerah, Hj Faimin Kamin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah ketika dihubungi, mengatakan bahwa beliau sudah meminta PDRM Ranau serta Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membuat siasatan.

“Sekiranya ada kebenaran dalam tuntutan yang dibuat di media sosial itu, kita mahu agensi yang relevan membuat penilaian yang diperlukan di kawasan berkenaan. Kita akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan cadangan mereka, sejurus selepas mendapat laporan penuh,” katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Paginatan (PPM), Georgina George berkata beliau telah menghubungi Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung di Kg Tinanom dan telah mengesahkan bahawa terdapat tadahan air yang terbentuk secara semula jadi di lokasi tersebut.

“Bagaimanapun lebar sebenar kawasan yang terlibat tidak dapat ditentukan. Kita difahamkan pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumkan dan kita menyerahkan kepada mereka untuk membuat tindakan yang sesuai.

“Dalam pada itu, kita menggesa penduduk kampung yang tinggal di kawasan masing-masing untuk berhati-hati dan bersedia untuk berpindah. Semua aktiviti di dalam dan di sepanjang sungai mesti dihentikan seketika sehingga arahan lanjut diterima,” katanya. – OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse