Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Hari jadi Rosario dan Ronney Bikin Panas RBP disambut meriah |  Bom ikan: APMM tahan dua lelaki warga asing |  Lahir generasi celik al-Quran, hafiz dan hafizah dari awal, kata Arifin |  Polis tahan lelaki miliki syabu bernilai RM1,800 |  Polis serbu premis pemberi pinjaman wang tanpa lesen, lima suspek ditahan |  Penduduk Bombong sambut baik inisiatif pembangunan |  RCSC dijangka tingkatkan lagi hubungan M'sia, Russia |  Kerajaan Sabah beri jaminan pastikan kestabilan politik |  11 ditahan kerana terbabit dengan pengganas: KPN |  Jelius wary of Crocs backlash |  95 to participate in 50th MSS Athletics Championships |  Seniors add bite to State Juniors opener |  Malaysian, Indonesian & Bruneian poets win ASEAN poetry competition |  'Ops Vulture' uncovers Labuan’s first ‘ah long’ syndicate |  Public tip-off nets Beto the meth peddler | 
 BM

Maqis Labuan rampas kontena berisi 11,700 kilogram ikan sejuk beku

110817-lead-4
Nazrul (tiga kiri) selepas memeriksa kontena yang mengandungi ikan beku dipercayai dimport secara haram dari Vietnam. -Foto Bernama

11th August, 2017

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sebuah kontena berisi 11,700 kilogram (kg) ikan sejuk beku, dipercayai dimport secara haram dari Vietnam.

Pengarah Maqis Labuan Nazrul Azman Mat Rahim berkata kontena yang mengandungi ikan tilapia sebanyak 2,000kg dan ikan patin seberat 9,700kg bernilai RM66,600.11 ditahan pada 2.30 petang pada 25 Julai lepas di Pelabuhan Labuan Liberty.

“Berdasarkan siasatan kami, pengimport telah melanggar Peraturan-Peraturan dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya kepada Bernama selepas melakukan pemeriksaan di pelabuhan itu di sini kelmarin.

Beliau berkata kontena berukuran 20 kaki itu ditemui berdasarkan usaha risikan di pintu masuk Pelabuhan Labuan Liberty.

Katanya pengimport telah melanggar permit import yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(1) akta berkenaan yang boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau tidak lebih daripada enam tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nazrul Azman berkata sejak 2015, sebanyak tujuh kes direkodkan dengan enam kes telah diselesaikan yang mana pengimport terbabit telah dikompaun.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa salah laku oleh pengimport khususnya kes yang melibatkan permit import, penguatkuasaan kami juga memfokuskan kepada kontena yang menyimpan daging sejuk beku halal dan tidak halal bersama-sama.

“Kami turut berterima kasih dengan Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (pengendali pelabuhan Labuan) atas kerjasama rapat yang diberikan,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse