|
|
|
PERJANJIAN... Hajiji ( tiga kiri ) dan V. K Liew (empat kiri) tergelak mendengar sesuatu dari Peter (duduk kanan), pada majlis menandatangani antara Lai Von Hon (duduk kiri) mewakili ICSD Ventures dengan Peter Frawley mewakili Starwood Asia Pacific Hote
|
12th May, 2008
SANDAKAN: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata pertumbuhan ekonomi Sabah terus kukuh berikutan pesatnya pembangunan ekonomi di merata negeri.
Beliau berkata antara kejayaan memesatkan pembangunan ekonomi negeri ini antaranya berasaskan hubungan kerjasama kerajaan dengan syarikat-syarikat swasta dalam pelbagai bidang terutama bidang hartanah.
“Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi sangat kukuh kerana ada saja bangunan-bangunan yang baru wujud di merata-rata negeri dan ini membuktikan kestabilan ekonomi dan politik amat baik dan sihat,”katanya kepada para pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Four Points by Shereton Sandakan di sini kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji berkata kerajaan serius terhadap pembangunan yang memberi kesan kepada alam sekitar.
Jelas beliau setiap perlaksanaan pembangunan perlu memperolehi kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu, sebelum menjayakan sesebuah projek pembangunan kerana lebih-lebih lagi Sabah mempromosikan sektor pelancongan.
Dalam perkembangan sama, beliau yakin pembinaan fasa kompleks Sandakan Harbour Square antara syarikat Ireka Charng Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Sandakan berupaya mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sektor pelancongan dan sekali gus meleraikan isu kekurangan bilik hotel di Sandakan kelak.
“Dengan pembinaan fasa ini tentu sekali menambah dan menjana ekonomi setempat di Sandakan serta memberi kemudahan yang lain seperti bilik penginapan dan meletak kereta di pusat bandar,” jelasnya lagi.
Beliau berkata pembinaan Four Points yang dilengkapi hotel bertaraf empat bintang, pusat membeli belah dan medan letak kereta dijangka siap pada tahun 2009.
Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu menyaksikan dua upacara menandatangani perjanjian antara syarikat projek pemaju Ireka Charng (ICSD), Ventures Sdn-Bhd dengan OCBC Berhad dan Starwood Asia Pacific Hotels & Resort Pte. Lt.
|