Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Arnab Village jana RM300 ribu setahun operasi

7th August, 2017

KOTA KINABALU: ‘Arnab Village’ atau perkampungan arnab di Kampung Purakagis,Ranau, kira-kira 104 kilometer dari sini, berjaya menjana pendapatan sehingga RM300,000 menerusi penjualantiket dalam tempoh setahun beroperasi dan merupakan produk pelancongan baharu di daerah berkenaan.

Perkampungan yang diusahakan graduan berkelulusan Sains Akuakultur Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jubair Juhinin itu, kini menjadi antara destinasi pilihan pelancong ke Ranau selain Taman Kinabalu, Ladang Teh Sabah, kolam air panas Poring dan tagal ikan di Kampung Luanti.

Bercakap kepada Bernama, Jubair, 27, tidak pernah menyangka, hobinya memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan bertukar menjadi perniagaan dalam industri pelancongan luar bandar, yang sememangnya mempunyai masa depan cerah kerana Sabah adalah lubuk pelancongan.

Walaupun hanya bermodalkan kurang daripada RM5,000 dengan fasiliti dan landskap persekitaran pada tahap yang minimum, beliau tetap optimis produk pelancongan yang dibangunkan di atas tanah 0.2 hektar itu mampu memberi pulangan.

“Kawasan Arnab Village sekarang dinaik taraf dari segi kemudahan awam seperti tandas, selain kami juga menambah keluasan taman, kandang arnab dan menyediakan kedai cenderahati. Dalam fasa ketiga pembangunan pula, kami akan memberi fokus untuk membina restoran dan kedai menjual aksesori.

“Di samping itu, kami juga akan membina lot kedai untuk disewakan kepada peniaga di sekitar kampung yang ingin menjual barangan kraf, makanan atau produk berkaitan bagi membantu menyediakan ruang untuk mereka menjana pendapatan,” katanya di sini hari ini.

Jubair ditemui pada program Jerayawara Pelancongan Luar Bandar Sabah anjuran Lembaga Pelancongan Sabah, yang julung kali diadakan itu.

Program tiga hari bermula Jumaat itu bertujuan mengetengahkan produk pelancongan berasaskan luar bandar kepada penggiat industri pelancongan dan orang ramai, selain memanfaatkan kepakaran serta pengetahuan penggiat industri dalam mewujudkan pakej dan mempromosi keistimewaan pelancongan luar bandar ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Mengulas lanjut, usahawan muda itu berkata, terdapat lapan spesis arnab dipelihara di perkampunganarnab tersebut iaitu New Zealand White, Standard Rex, Mini Satin, Lion Head, Netherland Dwarf, Lop Ear, Anggora dan Local Breed.

Menurutnya, lebih 400 arnab pelbagai spesis dilepas bebas dalam kawasan berpagar bagi membolehkan pengunjung merakamkan gambar serta video bersama haiwan yang jinak dan comel itu, dan beliau menyasarkankira-kira 1,000 arnab ada di ladang tersebut pada awal tahun depan.

“Untuk tahun kedua, kami menyasarkan produk pelancongan ini mampu menarik lebih ramai kehadiran pelancong sekali gus menjana pendapatan sehingga RM500,000 menerusi penjualan tiket,” katanya.

Sehubungan itu, Jubair berkata, penganjuran program sebegini memberi ruang untuk beliau dan pasukannya membina rangkaian dan menambah pangkalan data agensi pelancongan sebagai usaha mereka untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke perkampungan arnab itu.

Bagi mereka yang berminat, harga tiket masuk ke Arnab Village untuk pengunjung tempatan ialah RM3 (kanak-kanak) dan RM5 (dewasa) manakala bagi pengunjung antarabangsa pula RM5 (kanak-kanak) dan RM10 bagi dewasa.

Arnab Village, produk pelancongan pertama seumpamanya di Sabah itu dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang. – Bernama

   
Email Print