Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 BM

Program Ziarah Sekolah Sabah UTM 2017 di dua sekolah di Membakut dan Beaufort

040817-sekolah-6
BERSAMA .... Dr Kamaruddin (sembilan dari kanan baris belakang), Dr Norazana (sepuluh kanan) bersama guru dan pelajar SK Lumat yang mengambil bahagian dalam program itu.

4th August, 2017

MEMBAKUT: Program ziarah sekolah-sekolah di Sabah tahun 2017 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama American Chemical Society (ACS) Malaysia Chapter, Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) dan Persatuan Pendidikan Kejuruteraan Malaysia (SEEM) telah berlangsung di dua buah sekolah rendah di daerah Membakut dan Beaufort baru-baru ini.

Program ziarah pertama telah berlangsung pada 29 – 30 Julai di SK Pg. Jaya Pimping Membakut yang bertujuan untuk menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap Bahasa Inggeris sempena dengan Kem Bahasa Inggeris 2017 anjuran Persatuan Aspirasi Bahasa Inggeris Sabah (SEAS), dihadiri oleh lebih 130 pelajar-pelajar tahun 6 seluruh daerah Membakut dan Kuala Penyu.

Dua orang pensyarah kanan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid dan Dr. Norazana binti Ibrahim telah dijemput sebagai fasilitator sepanjang kem tersebut bagi menaikkan motivasi pelajar-pelajar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan baik.

Sementara itu, pada 31 Julai, telah berlangsung program ziarah ke dua di SK Lumat Beaufort bertujuan bagi meningkatkan motivasi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR untuk tahun 2017 dan 2018.

Program motivasi yang berlangsung selama lebih dua jam tersebut telah menyaksikan 30 pelajar tahun 6 dan 5 berinteraksi bersama Dr. Mohd. Kamaruddin dan Dr. Norazana, bertanyakan tentang cara-cara belajar yang betul dan bagaimana untuk menggunakan masa semaksimanya bagi persediaan UPSR.

Terdapat banyak saranan, nasihat dan tip yang telah dikongsi bersama sepanjang program tersebut. Program ziarah ini adalah seiring dengan moto daerah Membakut yang diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Mohd. Arifin bin Arif iaitu Membangun Bersama Ilmu.

   
Email Print