Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Perbadanan Pinjaman Sabah bayar dividen, faedah dan zakat

020817-caption-1
SERAHKAN CEK ... Musa (tengah) menyaksikan Vincent (lima kanan) menyerahkan mok cek kepada Hassanel (empat kiri) sambil disaksikan oleh Linda (lima kiri) dan yang lain.

2nd August, 2017

KOTA KINABALU: Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) yang mendapat keuntungan sebelum cukai RM60 juta dengan aset RM2.72 bilion pada tahun lepas melakukan pembayaran dividen dan zakat kepada kerajaan negeri.

SCC mengisytiharkan dividen akhir berjumlah RM14 juta kepada Kerajaan Negeri untuk tahun kewangan berakhir 2016. Bayaran dividen awal berjumlah RM8 juta dibayar pada 17 Januari tahun ini.

Selepas kajian terakhir laporan kewangan, SCC kini boleh melakukan pembayaran baki RM6 juta lagi. Dengan pembayaran RM14 juta dividen ini, SCC sudah membayar sejumlah RM234 juta dividen kasar kepada Kerajaan Negeri sejak 2002.

Bersama dengan bayaran dividen itu, SCC juga membayar faedah berjumlah RM888,044.26 kepada kerajaan negeri sebagai baki pinjmanan.

Atas nasihat Institut Kewangan dan Perbankan Malaysia (IDFIM), Bahagian Syariah menasihatkan SCC membayar Zakat berjumlah RM 103,565.64 untuk tahun kewangan berakhir 2016. Ini adalah kali ketiga berturut-turut SCC membayar zakat.

Sempena dengan pembayaran dividen ini Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, turut menyaksikan usaha SCC melakukan inisiatif kegiatan kebajikan dan sosialnya dengan menyumbang kemudahan 3 Kemudahan Pembedahan Mata (3 Key Portable Eye Surgical Accessories) bernilai RM352,980 kepada Hospital Queen Elizabeth (QEH) yang diwakili oleh pengarahnya, Dr. Heric Corey.

   
Email Print
   
 
 
E-browse