Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah |  Robert nafi tinggalkan StarSabah |  Too early to determine success or failure of KB paddy project – Dr Ronald |  CM hands over 2,300 individual land titles |  Virus break lets Shalin hit pause button - and prepare for restart |  ‘Don’t let them waste away’ |  Back to golfing as State squad prepares for Sukma Games |  Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu |  Climbing Mt Kinabalu in the new normal environment |  All Sabah schools soon to be fully reopened with strict SOPs |  Gibraltar BSN extends Customer Relief Programme |  Tabung Haji records RM1.55 bln investment income in H1 2020 |  Perodua: Myvi 1.3L G (S-Edition) is for Brunei market |  Media Sandakan nakaramit toluod tokop todung om kabang |  Robert Tawik minogolim tuminongkiad do StarSabah | 
 BM

Bapa dipenjara 14 bulan kerana curi empat botol kopi

18th July, 2017

KOTA KINABALU: Bapa kepada enam orang anak dipenjarakan selama 14 bulan dan didenda RM2,000 kerana mencuri 4 botol kopi berlainan jenama.

Abdul Saum Kaum mengaku bersalah dihadapan Majistret Cindy Mc Juice Balitus diatas pertuduhan mencuri satu botol Indocafe, satu botol Indocafe Classic dan dua botol Nescafe Classic di Giant Hypermarket City Mall pada 13 Julai 2017.

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 380 Akta Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Menurut fakta kes, pengadu iaitu In House Detective mendapati seorang lelaki mencurigakan memasukkan barang ke dalam beg sandangnya melalui CCTV.

Pengadu melihat selepas beberapa minit lelaki itu hendak keluar dari hypermarket tersebut dan mengarahkan pengawal untuk menahan lelaki itu.

Selepas menahan lelaki tersebut, pengawal meminta untuk memeriksa beg sandangnya dan secara tiba-tiba lelaki itu melemparkan begnya itu ke arah pengawal sambil berkata “nah ambillah”.

Berlaku pergelutan dan kejar mengejar. Akhirnya lelaki itu dapat ditahan oleh pengawal dengan bantuan orang awam.

Abdul Saum merayu agar hukuman yang diberikan adalah serendah-rendahnya kerana dia mempunyai dua isteri dan enam orang anak, yang mana, empat orang anaknya itu masih bersekolah dan dua lagi tidak bersekolah.

Dia juga membuat rayuan tersebut kerana kesalahan ini merupakan kesalah kali pertamanya.

Apabila mahkamah bertanya “untuk apa curi nescafe tu?”, tertuduh menjawab, “untuk minum ja ba itu”.

Mahkamah mengarahkan Abdul Saum Kaum membayar jumlah tersebut, jika gagal akan dipenjarakan selama dua bulan.-Oleh Putu Wahyuney Matius

   
Email Print