Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

MPT jamin bangunkan semula Pasar Gantung Tawau di lokasi sama

17th July, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memberi jaminan Pasar Gantung Tawau yang terbakar pada Jumaat lepas akan dibangunkan semula dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna di lokasi sama.

Presiden MPT, Alijus Sipil berkata kos perincian pembangunan semula pasar berkenaan yang menjadi antara daya tarikan utama pelancong dalam dan luar ke daerah ini kini dalam perbincangan.

Menurutnya, pada masa kini pihaknya sedang berusaha agar semua peniaga yang terjejas dalam insiden itu dapat berniaga semula dengan kadar segera di lokasi yang ditetapkan.

“Setelah buat mesyuarat MPT setakat ini kenal pasti dua kawasan iaitu untuk peniaga perhiasan berhampiran Empire dan peniaga pakaian pula kita sedang berunding dengan pemilik tanah di hadapan Marcopolo,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini. Katanya, bagi peniaga yang gerai mereka tidak terlibat dalam kejadian itu pula, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dan semakan sistem pendawaian sebelum dibenarkan berniaga.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.45 pagi itu api telah memusnahkan 77 lot niaga di pasar berkenaan yang membabitkan premis menjual barangan cenderamata, kraftangan dan pakaian.

Kejadian kebakaran itu turut merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan lima premis perniagaan serta sebuah hotel bajet turut terbakar.

Sementara itu mengulas mengenai majlis yang diadakan, Alijus berkata rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan lapisan masyarakat pelbagai etnik dan fahaman agama.

   
Email Print
   
 
 
E-browse