Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

Komuniti SIB Napong dapat dana siapkan gereja baharu

170717-sib-8b
TINJAU .... Georgina (ketiga kanan) dibawa meninjau bangunan baru Gereja SIB Napong yang terhenti pembinaannya disebabkan masalah kewangan.

17th July, 2017

RANAU: Komuniti Kristian Sidang Injil Borneo (SIB) Napong 2 di sini mendapat dana kewangan berjumlah RM10,000 untuk membiayai kos penyiapan gereja SIB baharu daripada Wakil Rakyat Paginatan, Datuk Siringan Gubat.

Sumbangan tersebut disampaikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Paginatan, Georgina George, mewakili Siringan kepada Pastor Sidang Napong 2, Juanis Batinggo.

Majlis penyerahan diadakan di Gereja SIB lama Napong 2 kelmarin yang turut dihadiri Ketua Kawasan SIB Perancangan, Penetua James George dan Ketua Kawasan SIB Kota Kinabalu, Penetua Sualim Gopog.

Bangunan gereja berukurun 30’x50’ itu mula dibina pada tahun 2012 menggunakan dana hasil2 sumbangkan daripada individu-individu dermawan, badan-badan keagamaan seperti Gereja SIB Bongkud, badan bukan kerajaan (NGO) serta menerusi Nizbah Doa Perancangan.

Juanis dalam ucapannya berterima kasih kepada Siringan di atas sumbangan tersebut yang dianggapnya bakal memberi sinar harapan kepada mereka untuk memiliki gereja yang baru jadi kenyataan.

Menurut Juanis, bangunan yang kini mencapai lebih kurang 60 peratus siap bakal memberi keselesaan ruang ibadat kepada hampir 100 jemaat kristian SIB Napong 2 Seterusnya membolehkan gereja lama dimanfaatkan sebagai pejabat pentadbiran atau kelas minggu.

“Selaku pemimpin umat kristian SIB Napong 2, saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih khusus kepada masyarakat Islam di kampung ini yang turut tampil menyumbang tenaga bergotong-royong membina gereja kami,” katanya.

Sementara itu, Georgina dalam ucapan ringkasnya berharap bantuan tersebut dapat membantu menyiapkan pembinaan gereja baru yang menjadi impian mereka selama ini selepas terbengkalai hampir tujuh tahun.

“Kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) sememangnya tidak pernah mengabaikan keperluan pihak gereja sebaliknya sentiasa menghulur pelbagai bentuk bantuan kepada gereja,” katanya.

Namun jelas Georgina, agihan peruntukan atau bantuan diberikan secara berperingkat dan lambat-laun pasti akan sampai kepada mereka yang memerlukan termasuklah gereja.-OLEH ADUKA JASNIN SUMAN.

   
Email Print
   
 
 
E-browse