Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ramai Magahau Zon Semenanjung nakaanu raramit di kounsub |  Kopomiaraan paha’ tantadan kopongingkawas nindopuan mogiigiyon labus kakadayan |  Makanan tradisi cermin identiti, kata Henry |  Zarondin: Sempadan perairan negara sentiasa diawasi |  Program Tugu Budaya Etnik Sabah dinaiktaraf |  International debut for Sabah gymnasts |  World Heart Day 12.5KM Charity Run on Oct 8 |  Over 1,800 to ‘Run For Peace’ in Sandakan |  Magahau festival well received in west Malaysia |  PCA hopes to get new building to meet service expansions |  Missing raw ingredients threaten local food preps |  Tun Juhar pays visit to Danawan Island ops base |  Sambutan Aidilfitri SK Sungai Lada meriah |  Penunggang motosikal maut dalam kemalangan |  PAS Sabah gesa kerajaan henti perkhidmatan syarikat urus bekalan elektrik kontrak di tiga kampung | 
 BM

Pusat Latihan Dakwah Al Bukhary-USIA akan jadi Eco Pelancongan: Sakaran

17th July, 2017

KOTA MARUDU: Pusat Latihan Dakwah Al Bukhary/USIA di Kampung Marasinsim Kota Marudu diharap menjadi Eco Pelancongan kerana ianya terletak di tempat strategik di utara Sabah dan menjadi laluan ke pantai timur.

Demikian menurut Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Tun Sakaran Dandai ketika menghadiri Majlis Silaturrahim Hariraya Aidilfitri di masjid As-Shobirin Kampung Marasinsim Kota Marudu pada Jumaat.

Katanya pusat latihan RM 5 juta yang dibiayai oleh Yayasan Al Bukhary mula dibina pada April 2015 di tanah seluas 3 ekar yang diwakafkan oleh mantan Imam kampung tersebut Aliakhbar Olong dijangka siap pada September 2017.

Menurut Sakaran pembinaan bangunan Pusat Latihan Dakwah yang unik dan berciri-cirikan keIslaman itu yang terletak di pinggir pantai itu akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti masjid, bilik kuliah, asrama pelajar, rumah guru, dewan serbaguna, gelanggang sukan dan kantin.

Orang ramai khususnya masyarakat Islam yang melalui dan singgah di tempat itu boleh melihat bangunan itu selain menunaikan solat di masjid yang dibina di situ serta berehat di tepi pantai dengan kemudahan yang disediakan oleh penduduk kampung seperti tempat berihat, kantin/restoran, resort, gerai kraftangan dan mereka berminat memancing boleh gunakan perkhidmatan perahu yang disediakan.

“Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang penting pada masa ini dan pusat itu nanti diharap dapat memberi menafaat kepada penduduk kampung untuk mengusahakan perniagaan seperti membena rumah penginapan, kantin, gerai kraftangan dan lain-lain yang boleh menarik pelancongan datang ke situ.” Katanya.

Sakaran menjelaskan penduduk kampung akan dapat menjana ekonomi mereka apabila ramai pelancongan datang ke tempat itu disamping membantu kerajaan menarik para pelancong untuk datang ke negara dan negeri ini.

Mengenai Pusat Dakwah itu, Sakaran juga menerangkan apabila siap nanti pihaknya akan menempatkan 400 pelajar pada satu-satu masa dan mereka pihaknya berharap akan dapat melahirkan golongan pelajar cemerlang, disamping pendakwah yang terlatih, berilmu dan mampu menggerakkan dakwah Usia dengan berkesan.

“Masyarakat berilmu dapat membantu membangunkan negara dengan menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan.”

Menurut Sakaran ekoran dari perkembangan itu pihaknya akan menghantar beberapa tenaga pengajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus di Kuala Lumpur bagi menyediakan tenaga pengajar terlatih, berketerampilan dan berwibawa.

“Setakat ini pihak Usia telah melantik 30 Penolong Pegawai Dakwah dan ditempat di beberapa bahagian Usia di negeri ini untuk melaksanakan tugas tugas seperti mengajar al-Quran, Fardhu Ain dan Kifayah,” katanya.

Dalam majlis itu Sakaran juga telah menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada 50 orang fakir miskin, balu dan anak yatim yang datang dari 8 buah kampung iaitu Kampung Marasisnsim, Kampung Taritipan, Kampung Rasak Laut, Kampung Sri Aman, Kampung Korongkom, Kampung Tanjung Batu,Kampung Lundak dan Kampung Garib.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 300 penduduk dan turut hadir ialah Pengerusi Tetap Usia, Ismarah Madcasar, dua Naib Yang Dipertua, Prof. Datuk Dr Kasim Mansur, Datuk Abdul Latiff Kandok, Setiausaha Agung dan Penolongnya, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria dan Datuk Matin Datuk Pandin, dua Ahli Majlis Tertinggi iaitu Datuk Abd. Razak Tun Sakaran dan Zainal Aliuddin.

   
Email Print
   
 
 
E-browse