Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ponuu muvung id Esszone noputan gisom ko 30tv Kotuu |  Tudon kotundaan id siibo JPNIN soihion mahik |  PONOIHIAN MONTOK MONGUKAB MAHIK KOTINANAN PAAI SABAH |  Hampir 1.3 juta penduduk M'sia pembawa talasemia |  Kerajaan cari mekanisma terbaik selesai isu rumah setinggan: Jaujan |  Dakwaan kerajaan beri kewarganegaraan kepada PATI tidak benar: Peter |  JPNIN Labuan catat rekod Kolupis terpanjang di Malaysia |  Mohamad Ariff akan dilantik Speaker Dewan Rakyat: Tun M |  Lembaga Padi Sabah mungkin diwujud semula |  ‘You cannot say I’m 39!’ |  Three Sabahans among 12 for World Squash Championship |  Keningau’s SK Tuarid Taud, Limbang’s SMK Medamit grab top awards |  2,850 turtle eggs seized by marine police |  Squatter problem: Comprehensive approach to be used |  State mulling revival of Padi Board | 
 BM

PPM tahan 27 warga Indonesia, seorang juragan

Ppm-1__2_
ANGGOTA PPM (kiri) mengawasi 27 warga Indonesia yang ditahan selepas cuba masuk ke daerah ini.

17th July, 2017

OLEH: NAZRINI BADARUN

TAWAU: Seramai 27 individu warga Indonesia termasuk seorang juragan yang cuba masuk ke daerah ini melalui persisiran Laut Batu 4 di sini, pada Jumaat lepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota yang membuat pemantauan di kawasan tersebut telah menahan dan memeriksa sebuah bot laju mencurigakan kira-kira jam 7.50 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terdapat seorang juragan berusia 19 tahun membawa 26 individu berumur lingkungan 4 bulan sehingga 43 tahun cuba untuk mendarat di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini.

“Kesemua 27 termasuk juragan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Yazib berkata juragan disiasat di bawah aktiviti penyeludupan migran (ATIPSOM 2007/2010) manakala 26 individu lagi ditahan dibawah Seksyen 6(1) C Akta Imigresen 1959/63.

   
Email Print
   
 
 
E-browse