Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

Gambar hitam putih koleksi Latana berjaya kembalikan nostalgia Sabah

170717-kamarlin-3
KOLEKSI FOTO LATANA ... Kamarlin (kanan) melihat lebih dekat koleksi foto-foto Latana sambil ditemani Sintiong (tengah) dan Latana (paling kiri).

17th July, 2017

KOTA KINABALU: Gambar-gambar hitam putih koleksi Latana berjaya mengembalikan nostalgia negeri ini terutama mengenai kehidupan masyarakatnya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi berkata, walaupun gambar-gambar tersebut diambil sekitar tahun 1980an, koleksi tersebut tetap berharga kerana telah menjadi sebahagian rekod sejarah.

“Melihat kepada gambar-gambar itu, mungkin ada yang menyangka ia diambil sekitar 50 tahun lalu kerana banyak imej di dalam gambar itu tidak kelihatan lagi pada masa kini.

“Perubahan sosial di negeri ini pada 30 tahun kebelakangan mengalami perubahan yang dramatik, terima kasih atas gambar-gambar yang mengembalikan nostalgia Sabah,” katanya mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada Majlis Pelancaran Pameran ‘Faces Of Sabah’ By Latana di Muzium Negeri, petang Sabtu.

Beliau memuji usaha yang diambil Latana dalam mendokumentasikan masyarakat Sabah melalui lensa kameranya dan berkongsi melalui pameran istimewa itu.

Sementara itu, Pengarah Muzium Sabah, Sintiong Gelet berkata, gambar-gambar Latana diambil bagi memperkaya koleksi mengenai budaya masyarakat Sabah di muzium itu.

Sintiong berharap semua pihak terutama generasi baharu lebih menghargai dan mengambil iktibar daripada usaha murni Latana dalam usaha mengumpulkan koleksinya buat tatapan masyarakat kini.

Latana kembali ke negeri ini sekitar 1980an untuk mengkaji tanah kelahiran dan salasilah keturunannya melalui ayahnya, Joseph Munang, anak tempatan Sabah.

Dalam proses itu beliau berhasil menangkap gambar ahli keluarganya di Penampang, suku kaum rumah panjang di Kudat dan pelbagai detik kehidupan komuniti tempatan pada ketika itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse