Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

RAMPASAN BESAR DADAH DI TAWAU

Polis-1__2_
RAMPASAN DADAH ... Fadil (tengah) bersama pegawai narkotik IPD Tawau menunjukkan rampasan dadah yang berjaya dilakukan.

17th July, 2017

TAWAU: Polis di sini merampas 3,870 gram dadah jenis syabu bernilai RM260,900 dan menahan tiga peniaga serta seorang penganggur dipercayai sindiket pengedaran dadah berdekatan sebuah hotel daerah ini dalam Ops Bayu.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata sepasukan anggota Bahagian siasatan Jenayah Narkotik dan Strike Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau diketuai ASP Ederian Masaat telah melakukan tangkapan dan rampasan.

Menurutnya, bertindak maklumat awam pengedaran dadah jenis syabu pada Sabtu kira-kira jam 10.30 malam telah menangkap seorang lelaki di ruang lobi dan menangkap tiga lagi lelaki berada di luar hotel dan di dalam kenderaan.

“Pemeriksaan badan ke atas suspek pertama telah menemukan sekeping kad kunci pintu bilik hotel dan pemeriksaan lanjut di dalam hotel telah menemui dan merampas satu beg plastik warna hitam di dalam almari.

“Beg plastik hitam itu mengandungi empat bungkusan plastik teh cina berjenama ‘Guanyinwang’ yang setiap satunya berisi satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di IPD Tawau di sini kelmarin. Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu adalah dua buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengedaran dadah iaitu sebuah kenderaan 4×4 jenis Toyota Land Cruiser dan Toyota Hilux.

“Pihak polis juga berjaya membuat sitaan sebuah kereta jenis Perodua MyVi daripada salah seorang suspek yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucut hak Harta)1988,” katanya.

Fadil berkata empat lelaki warganegara yang dua daripadanya adik- beradik yang ditahan itu masing- masing berumur 31 hingga 61 tahun dengan seorang berasal dari Tawau dan tiga yang lain dari Penampang.

Jelasnya, kesemua keputusan ujian saringan awal polis terhadap kesemua suspek adalah negatif dan dipercayai dadah yang dirampas itu untuk pasaran sekitar daerah ini.

Semakan rekod kesalahan lampau mendapati seorang suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah komersil dadah pada tahun 2016 manakala suspek lain tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Kesemua suspek ditahan reman mulai kelmarin dan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse