Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PBS minonoodo luputan pulis kogompit totondos huminabus BN |  Poinsanganu himo pindulu poimpasi, duvo PATI tinaan do ESScom |  Dua warga asing ditahan bawa lima peluru hidup |  RM30 ribu peruntukan pengelolaan program Rela |  Umno bahagian Semporna tidak gentar hadapi persaingan, kata Nasir |  Rozman dicalon semula pertahan kerusi Labuan |  Pelbagai aktiviti kebudayaan Murut pada Pesta Kalimaran akan datang |  Malaysia-Singapore ‘Shinkansen’ possibility excites world rail body |  Hat-trick by Universiti Malaysia Sabah |  Count Back win for Ana-Thomas |  Great escape by U-19 squad |  Foreign duo detained for possessing live ammunition |  Perodua Alza burnt after rear-end collision |  Hemophilia: Be discerning with Internet medical advice |  Masidi: Military tourism next for KK | 
 BM

Lohan Homestay rai anak yatim Rumah Putera Harapan Kampung Lingkudau

15th July, 2017

KOTA KINABALU: Pengurus Lohan Homestay Ranau, Jupirin Harun bersama krewnya telah berkesempatan meraikan sekumpulan anak yatim daripada Rumah Putera Harapan Kampung Lingkudau, Ranau yang diadakan di homestay beliau di Kampung Lohan, baru-baru ini.

Lebih 25 anak-anak yatim telah menghadiri majlis berkenaan yang diketuai sendiri oleh Pengurus Rumah Putera Harapan Ranau, Ustaz Mohd. Sabri Abdullah dan tenaga pengajar daripada rumah tersebut.

Majlis tersebut diadakan adalah bersempena rumah terbuka Aidil Fitri tahun 2017 beliau yang diraikan bersama semua keluarga dari Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Pada majlis yang ringkas itu juga, Jupirin telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan, wang tunai kepada pengurus Rumah Putera Harapan Kampung Lingkudau serta duit raya kepada anak-anak yatim.

Jupirin berkata, sudah menjadi hasrat dan niat beliau untuk mengadakan majlis bersama anak yatim setiap tahun di Homestay beliau di Kg. Lohan.

Katanya, rumah anak Yatim Putera Harapan ketika ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM15,000 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan keseluruhan penghuni termasuk tenaga kerja yang bertugas di rumah berkenaan.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Rumah Putera Harapan kerana sudi datang ke majlis itu.

“Semoga dengan sumbangan tersebut, anak-anak yatim akan turut merasai kemeriahan hari lebaran di samping merapatkan lagi hubungan baik antara kami dengan Rumah Putera Harapan,” katanya.

Beliau menyeru kepada mana-mana badan sukarelawaan di negeri ini agar dapat tampil ke hadapan bagi menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk wang tunai, makanan dan pakaian bagi meringankan kos yang mereka perlukan.

Sementara itu, menurut Pengurus Rumah Putera Harapan, Ustaz Mohd. Sabri yang berasal dari Batu Matupang, Ranau penghuni Rumah Putera Harapan terdiri dari pelajar dari Tahun 1 – 6 dan Tingkatan 1 hingga 5 yang sedang belajar di sekitar sekolah yang berhampiran di Pekan Ranau.

“Pihak kami sedang menyewa sebuah bangunan dengan kos sewaan RM2,500 sebulan, “ katanya.

Rumah Putera Harapan pada ketika ini dibantu oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Baharudin dan Ustaz Shahrul.

   
Email Print
   
 
 
E-browse