Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

Pelajar tingkatan tiga maut dilanggar

15th July, 2017

OLEH MIZRON MARALANG

TENOM: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dari Sekolah Menengah di sini iaitu Novieranisah Shakila Punguh berusia 13 tahun berasal dari Kg.Lagud Tenom maut dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis motokar di kilometer 10 jalan Tenom Keningau.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Supritenden Polis DSP Mohamad Firdaus Abdulah berkata, kejadian kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.40 petang khamis.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika di hubungi pemberita di sini, kelmarin.

Menurut siasatan kejadian katanya, mendapati mangsa yang keluar dari bas mini dari arah Tenom-Keningau lalu terus lari ke seberang jalan melalui belakang bas.

Katanya, pemandu kenderaan motokar gagal mengelak kerana jarak yang terlalu dekat lalu terlanggar mangsa. Mangsa dikatakan tercampak ke bahu jalan dan dibawa oleh penduduk kampung ke Hospital di sini.

Jelas Firdaus, mangsa cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital Tenom.

Manakala, pemandu dan dua lagi penumpang di kenderaan motokar itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes kemalangan disiasat dibawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

   
Email Print
   
 
 
E-browse