Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

Lelaki pesakit mental ditahan miliki bakakuk tanpa lesen

15th July, 2017

KENINGAU: Pihak Polis Keningau berjaya menangkap seorang lelaki pesakit mental memiliki selaras senjata api jenis bakakuk tanpa lesen atau permit di Kampung Kiulu, Sook pada 3 Julai tahun ini.

Menurut Ketua Polis Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam mengatakan suspek yang mempunyai masalah mental memiliki selaras bakakuk.

“Hasil maklumat membawa kepada tangkapan seorang lelaki berumur 35 tahun, dan merampas selaras senapang patah jenis bakakuk serta dua butir peluru hidup miliknya.

“Suspek tinggal berseorangan kerana mempunyai sakit mental dan diabaikan keluarga sering tinggal di pondok miliknya di kebun dan jarang pulang ke rumah. Keluarga suspek juga tidak mengetahui suspek memiliki sebarang senjata api.

“Hasil semakan mendapati suspek merupakan pemegang kad kesihatan sakit mental yang dikeluarkan oleh Hospital Bukit Padang. Suspek juga dihantar ke Hospital Bukit Padang untuk rawatan susulan setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Sabah pada 7 Julai 2017,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di sini kelmarin.

Katanya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki atau menggunakan apa-apa senjata atau amunisi tanpa lesen atau permit senjata yang sah.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 ringgit, atau kedua-duanya sekali. -OLEH: RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse