Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PBS minonoodo luputan pulis kogompit totondos huminabus BN |  Poinsanganu himo pindulu poimpasi, duvo PATI tinaan do ESScom |  Dua warga asing ditahan bawa lima peluru hidup |  RM30 ribu peruntukan pengelolaan program Rela |  Umno bahagian Semporna tidak gentar hadapi persaingan, kata Nasir |  Rozman dicalon semula pertahan kerusi Labuan |  Pelbagai aktiviti kebudayaan Murut pada Pesta Kalimaran akan datang |  Malaysia-Singapore ‘Shinkansen’ possibility excites world rail body |  Hat-trick by Universiti Malaysia Sabah |  Count Back win for Ana-Thomas |  Great escape by U-19 squad |  Foreign duo detained for possessing live ammunition |  Perodua Alza burnt after rear-end collision |  Hemophilia: Be discerning with Internet medical advice |  Masidi: Military tourism next for KK | 
 BM

Lelaki disyaki terlibat kegiatan pemerdagangan dicekup

15th July, 2017

OLEH: MARUTIN ANSIUNG

KENINGAU: Seorang lelaki pemandu kenderaan yang berumur 60 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia dicekup polis di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Ahmad Jawila berkata, suspek ditahan oleh polis yang menjalankan operasi kereta sapu di Jalan Ansip dekat sini pada Rabu lebih kurang jam 11.40 pagi.

Katanya, dalam operasi itu polis menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser, nombor pendaftaran SA 3868 T kerana dalam keadaan mencurigakan.

“Pihak polis telah membuat pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut dan mendapati tiga orang berada di dalamnya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kenderaan tersebut seorang lelaki berumur 60 tahun telah menyeludup dua orang warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri masing-masing seorang lelaki berumur 22 tahun dan perempuan berumur 27 tahun,” katanya dalam sidang media di IPD di sini kelmarin.

Siasatan lanjut katanya, kedua-dua penumpang telah dijanjikan bekerja di ladang sawit di Dalit Sook oleh seorang lelaki berbangsa Timor. Mangsa mengenali lelaki tersebut sejak enam bulan yang lalu di Nunukan Indonesia.

Jelasnya, siasatan juga mendapati mangsa masuk ke Sabah melalui Nunukan dan turun di Tawau pada 11 Julai lepas dan telah menaiki van penumpang pergi ke Ansip kerana dijanjikan akan berjumpa seorang lelaki Timor tersebut sebelum dibawa pergi bekerja di Dalit.

Mangsa kemudian telah menumpang kenderaan suspek untuk ke Dalit Sook dengan bayaran RM25.00 seorang. Walau bagaimanapun kata Ahmad kenderaan yang dipandu suspek telah ditahan oleh pihak polis di jalan Ansip.

Suspek dan mangsa telah dibawa ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut. Sementara suspek ditahan dalam lokap dan disiasat di bawah Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tidak melebihi lima belas dan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu mangsa ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959, jika sabit kesalahan boleh didenda sampai RM10,000.00 atau penjara boleh sampai lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali rotan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse