Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ramai Magahau Zon Semenanjung nakaanu raramit di kounsub |  Kopomiaraan paha’ tantadan kopongingkawas nindopuan mogiigiyon labus kakadayan |  Makanan tradisi cermin identiti, kata Henry |  Zarondin: Sempadan perairan negara sentiasa diawasi |  Program Tugu Budaya Etnik Sabah dinaiktaraf |  International debut for Sabah gymnasts |  World Heart Day 12.5KM Charity Run on Oct 8 |  Over 1,800 to ‘Run For Peace’ in Sandakan |  Magahau festival well received in west Malaysia |  PCA hopes to get new building to meet service expansions |  Missing raw ingredients threaten local food preps |  Tun Juhar pays visit to Danawan Island ops base |  Sambutan Aidilfitri SK Sungai Lada meriah |  Penunggang motosikal maut dalam kemalangan |  PAS Sabah gesa kerajaan henti perkhidmatan syarikat urus bekalan elektrik kontrak di tiga kampung | 
 BM

SHAA, Penerbit Bersamamu TV3 serah sumbangan kepada Saulin

15th July, 2017

KUDAT: Sabah Humanitarian Aid Association (SHAA) dan Penerbit Bersamamu TV3 telah menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tragedi berdarah Narandang, Matunggong baru-baru ini.

Sumbangan berupa atap zink, kelengkapan dapur, bahan makanan dan alat-alat tubs tersebut adalah sebahagian dari sumbangan orang ramai yang dikumpul melalui urusetia SHAA dan diserahkan kepada Saulin Maridik dan anak-anak semasa sesi penggambaran Rancangan Bersamamu TV3.

Penyerahan rasmi sumbangan disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Bianus Kontong. Turut menyerahkan sumbangan Sazalye Donol Abdullah dari Tetuan Sazalye Donol Muhammad & Co, Abd Latif Mopuas mewakili SHAA dan dan Somuil Longis mewakili penderma-penderma individu yang menyerahkan sumbangan melalui urusetia SHAA.

Bianus berkata kerajaan melalui Pejabat Daerah Kecil Matunggong telah mengumpul segala maklumat dan mengenal pasti jenis keperluan keluarga Saulin.

“Kes Saulin adalah ‘istimewa’ dan akan pastikan beliau mendapat pembelaan dan diberikan keutamaan untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT secepat mungkin dan dikecualikan dari segala prosedur biasa,” katanya.

Terdahulu, Abd Latif Mopuas selaku Setiausaha SHAA merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Penerbit Bersamamu TV3, Norasliza Norashikin Yusof kerana sudi datang ke Matunggong dan membuat rakaman penggambaran Rancangan Bersamamu TV3, bagi tujuan membantu keluarga Saulin Maridik, yang menjadi mangsa serangan berdarah di Kg. Narandang Matunggong.

Serangan ganas seorang PATI yang tidak berperikemanusiaan telah menimpa keluarga Saulin pada 29 Disember 2016. Serangan tidak diduga tersebut telah menyebabkan suaminya meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat tetakan dua kali di bahagian leher, manakala Saulin dan tiga orang anaknya cedera parah akibat ditetak di bahagian kepala, leher dan tangan.

Ekoran kejadian itu, Saulin kehilangan suami tersayang, dan kini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga membesarkan anak-anak dan mencari sesuap nasi walaupun berhadapan dengan kesulitan kerana mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan.

Sehubungan dengan itu, Sabah Humanitarian Aid Association merayu kepada syarikat-syarikat korporat dan orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan supaya tampil ke hadapan.

Sumbangan ikhlas dalam bentuk pakaian, alatulis, bahan makanan, bahan binaan dan kelengkapan dapur boleh disalurkan melalui urusetia SHAA atau menghubungi talian 017-808 8522, 016-283 9559, 016-849 4588 .

Sumbangan ikhlas dalam bentuk cek hendaklah atas nama SABAH HUMANITARIAN AID ASSOCIATION atau dikreditkan terus ke akaun persatuan No. Akaun 3170 0024 378.

Segala sumbangan yang diterima dari para penderma akan dikumpul dan kemudian diagih-agihkan kepada penerima yang memerlukan seperti mangsa bencana, fakir miskin, pesakit kronik, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

   
Email Print
   
 
 
E-browse