Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ramai Magahau Zon Semenanjung nakaanu raramit di kounsub |  Kopomiaraan paha’ tantadan kopongingkawas nindopuan mogiigiyon labus kakadayan |  Makanan tradisi cermin identiti, kata Henry |  Zarondin: Sempadan perairan negara sentiasa diawasi |  Program Tugu Budaya Etnik Sabah dinaiktaraf |  International debut for Sabah gymnasts |  World Heart Day 12.5KM Charity Run on Oct 8 |  Over 1,800 to ‘Run For Peace’ in Sandakan |  Magahau festival well received in west Malaysia |  PCA hopes to get new building to meet service expansions |  Missing raw ingredients threaten local food preps |  Tun Juhar pays visit to Danawan Island ops base |  Sambutan Aidilfitri SK Sungai Lada meriah |  Penunggang motosikal maut dalam kemalangan |  PAS Sabah gesa kerajaan henti perkhidmatan syarikat urus bekalan elektrik kontrak di tiga kampung | 
 BM

JPN: Permohonan MyKas dihentikan sementara, tular maklumat tidak tepat

15th July, 2017

TAWAU: Jabatan Pendaftaran Negaara (JPN) Cawangan Tawau menghentikan sementara pemprosesan kad pengenalan Pemaustatin Sementara (MyKas) hari ini selepas ribuan orang awam menyerbu pejabat itu akibat menerima maklumat tidak tepat bahawa pemegang MyKas boleh memohon status Pemastautin Tetap (MyPR) yang tular di laman sosial Whatsapp sejakKhamis.

Timbalan Pengarah JPN Sabah, Adrian Allan Richard berkata maklumat tular itu tidak betul sehingga mengganggu proses kerja di JPN yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC)dan tidak terkawal sekali gus permohonan MyKas iaitu kepada kanak-kanak yang tiada status pengesahan kerakyatan dalam surat beranak itu turut terpaksa dihentikan sementara waktu.

“Proses permohonan MyKas itu di JPN Tawau akan disambung selepas keadaan mengizinkan semula.

”Hal ini juga hari ini banyak jabatan kerajaan yang di tempatkan di UTC sukar beroperasi kerana kehadiran mereka,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sejak semalam, tular di Whatsapp bahawa pemegang MyKas boleh memohon untuk menukar status sementara kepada penduduk tetap.

Adrian, berkata program MyKas diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 yang di dalam surat lahir mereka tiada status kewarganegaraan itu dimulakan sejak bulan Mei, 2015.

“Mereka yang layak menerima atau memohon MyKas adalah kanak-kanak yang tercatat dalam surat lahir mereka, adalah ibu bapa yang turut tidak memiliki kerakyataan.

“Surat lahir yang ada tercatat status bapa atau ibu seperti No. Pasport dan lain-lain TIDAK LAYAK untuk memohon MyKas,” katanya.

Dalam pada itu, MyKas, katanya, hanya laku atau sah digunakan dalam tempoh lima tahun dan selepas itu pemiliknya perlu memohon semula.

Tinjauan Bernama di kawasan UTC mendapati lebih dari 1,000 ibu bapa dan anak-anak mereka membanjiri kawasan berkenaan sejak pukul 5 pagi.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse