Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Fiesta Sehati RTM berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini |  Hamidah Juara Pertandingan Akhir Radio Ok SandakanFm |  MQuit Masjid, program khas galak imam dan qariah bebas rokok |  Program Geografi UMS laksana CSR di Tamparuli |  Lelaki maut tertembak ketika memburu di ladang |  Kempen kesedaran merokok rangsang pengurangan perokok muda: Ismail |  Guru maut pertembungan dua kereta pacuan empat roda |  Pegawai Jabatan Air Negeri Sabah dibicara serentak |  Malam Santai Karyawan Seni berjaya himpun karyawan aktif |  MKN Sabah hantar balik 3,036 PATI sejak Januari |  Sabah sudah terima RM3.87b pelan pusingan ketiga RMK11 |  Jelius tinkers on winning strategy |  NCID seize 660gm syabu, two suspects arrested |  Water Dept scandal – March 20 decision on revisions |  One in five M’sians still lights up | 
 BM

Lelaki parah ditembak serang polis guna senjata tajam

5th July, 2017

RANAU: Seorang lelaki tempatan yang bertindak agresif parah ditembak ketika cuba menyerang dua anggota polis di Kampung Kinaratuan di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, suspek berusia 40-an itu parah di bahagian kaki kiri dan dada.

”Suspek yang pernah dirujuk ke Hospital Bukit Padang kerana masalah mental telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) Kota Kinabalu untuk rawatan dan difahamkan, keadaan mangsa masih belum stabil,” katanya.

Menurut Farhan, ketika kejadian, dua anggota polis yang menjalankan rondaan menerima maklumat mengenai seorang lelaki mengamuk di Kampung Kinaratuan kira-kira 13 kilometer daripada Pekan Ranau.

”Dua anggota yang menggunakan kereta peronda tiba di lokasi kejadian mendapati suspek sudah pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

”Kedua-dua anggota terus ke rumah suspek dan sebaik tiba mereka telah memperkenalkan diri dan secara tiba-tiba suspek menjerit sambil memaki-hamun, lalu bertindak mengejar anggota polis menggunakan parang dan buluh tajam.

”Anggota polis telah memberi kata-kata amaran kepada suspek namun tidak diendahkan malah bertindak agresif dan menyerang kedua-dua anggota,” jelasnya.

Farhan berkata, untuk mempertahankan diri, salah seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kaki kiri suspek namun suspek terus bertindak mengejar anggota berkenaan sebelum satu lagi tembakan dilepaskan mengenai dada suspek.

”Suspek seterusnya rebah dan pada ketika itu, anggota polis mengarahkan suspek agar membuang parang dan buluh tajam yang masih berada di tangannya dan suspek yang telah cedera itu akur dengan arahan.

”Suspek kemudian dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan dan pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat dua kesan tembakan pada bahagian lutut kiri dan bahagian tengah dada suspek,”jelas beliau.

Menurut Farhan, siasatan awal juga mendapati sebelum insiden itu ,suspek dikatakan telah bertindak membaling batu ke arah sebuah kenderaan mengakibatkan bahagian cermin mengalami kerosakan.

Tambahnya,kes tersebut disiasat di bawah Siasatan Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh. – OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse