Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Program derma darah penting bantu Unit Transfusi Darah Hospital

190617-darah-8
SAKSIKAN... Arthur (enam dari kanan) bersama AJK pelaksana bergambar sambil menyaksikan penderma darah.

19th June, 2017

OLEH MARUTIN ANSIUNG (marutin@newsabahtimes.com.my)

KENINGAU: Program derma darah yang dianjurkan oleh mana-mana agensi termasuk badan-badan keagamaan amat penting bagi membantu Unit Transfusi Darah Hospital Keningau yang memerlukan stok darah sepanjang masa.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Tan Sri Joseph Kurup berkata, program atau kempen menderma darah yang berterusan perlu dijalankan kerana keperluan darah khususnya di hospital daerah ini juga berterusan.

“Kita difahamkan bahawa Unit Transfusi Darah Hospital daerah ini memerlukan stok darah sekurang-kurangnya 300 pain dalam sebulan” katanya semasa berucap merasmikan derma darah anjuran bersama Unit Transfusi Darah Hospital Keningau dan Gereja SIB Ria di dewan terbuka gereja itu pada Sabtu.

Justeru itu katanya, komitmen semua pihak terutama para penderma amat diperlukan bagi menampung keperluan itu.

Sementara itu wakil dari Unit Transfusi Darah Hospital Keningau Puan Ainah Liman berkata, biasanya pada musim bulan ramadan program kempen derma darah lebih tertumpu kepada badan-badan gereja kerana masyarakat Islam menjalankan ibadah puasa mereka.

Katanya, kekurangan stok darah di Unit Transfusi Darah Hospital juga berlaku pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Pesta Kaamatan dan Tahun Baru Cina.

Ainah berkata, pihak hospital bukan sahaja memerlukan darah dalam kes-kes tertentu tetapi keperluan yang amat mendesak adalah kepeluan mereka yang memerlukan tambahan darah berjadual seperti pengidap thalasemia dan sebagainya.

Walau bagaimanapun katanya, ia dapat diatasi dengan adanya komitmen semua pihak yang dapat membantu pihak hospital untuk menjalankabd program menderma darah secara berterusan.

Terdahulu Pengerusi Majlis Gereja SIB Ria Keningau Penatua Jully Sandalon berkata, pihak gereja ini sentiasa memberi kerjasama kepada Unit Transfusi Darah Hospital Keningau menjalankan program derma darah di gereja ini.

Katanya, setakat ini gereja SIB Ria bersama Unit Transfusi Darah Hospital telah menjalankan tiga kali program derma darah pada musim bulan puasa.

“Ini kerana kita menyedari betapa pentingnya darah bagi membantu hospital menjalankan rawatan yang memerlukan tambahan darah” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse