Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

Ops Samseng Jalanan: Polis trafik Lahad Datu keluarkan enam saman

Opssamseng
PERIKSA DAN SAMAN ... Beberapa pengguna jalan raya sedang diperiksa oleh anggota polis trafik menerusi Ops Samseng Jalanan/ Ops Motosikal yang dijalankan sekitar daerah ini, pada Sabtu malam.

19th June, 2017

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU : Sebanyak enam saman dikeluarkan oleh pihak polis trafik Lahad Datu atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan menerusi Ops Samseng Jalanan/Ops Motosikal yang dijalankan sekitar daerah ini, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, Ops yang bermula pukul 10 malam sehingga jam 3 pagi itu melibatkan sepasukan enam anggota polis trafik termasuk seorang pegawai diketuai oleh Insp. Mohamad Kemil Rahmat.

Katanya, sebanyak 25 buah kenderaan telah diperiksa melibatkan 15 buah motosikal, lima kenderaan pacuan empat roda (4WD), lima motokar dan juga pemeriksaan dijalankan terhadap 30 individu.

“Menerusi operasi yang dijalankan, sebanyak enam keping saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu, tiada lampu pada nombor plat, nombor plat ‘fancy’ dan ubah suai ekzos (tanpa kelulusan),” katanya.

Sehubungan itu, Hamzah menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa patuh segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelakkan mereka dikenakan sebarang tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse