Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Lelaki khayal dadah, tetak mati abang ipar

19th June, 2017

OLEH MARLINA MACPEE marlina@newsabahtimes.com.my

LAHAD DATU : Seorang lelaki maut dipercayai diserang adik iparnya dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa mangsa sedang tidur di Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 3 petang itu mangsa yang berusia 29 tahun parah pada bahagian leher, dada dan belakang badan akibat ditikam beberapa kali oleh suspek.

Katanya, mangsa yang terkejut kerana diserang telah bertindak melarikan diri namun, dikejar suspek sebelum lelaki itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu di sini dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.20 petang hari yang sama,” katanya di sini, pada lewat Sabtu.

Sementara itu Kata Hamzah, siasatan awal mendapati semasa kejadian suspek dipercayai berada dibawah pengaruh dadah. “Suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse