Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Utamakan keselamatan pulang ke kampung: KPD

19th June, 2017

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Warga Ranau terutama pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung untuk bercuti atau menyambut Aidilfitri dinasihati agar memandu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Ranau,DSP Mohd Farhan Lee Abdulah memberitahu, kemalangan dapat dielakkan sekiranya pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan secara berhemah.

“Keselamatan ketika berada di atas jalan raya perlu menjadi keutamaan serta tanggungjawab kita bersama . Walaupun kita mempunyai undang-undang jalan raya, kemalangan masih berlaku.

“Pengguna jalan raya harus sentiasa mementingkan keselamatan diri, penumpang dan pengguna yang lain” katanya kepada media ketika dihubungi kemarin.

Farhan turut mengingatkan pengguna jalan raya agar memeriksa kenderaan yang digunakan dan memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Katanya sekiranya semua pemandu kenderaan mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang, sudah pasti kemalangan dapat dielakkan sekali gus nyawa turut terselamat.

Dalam pada itu,Farhan juga mengingatkan orang ramai yang ingin meninggalkan rumah untuk bercuti supaya memaklumkan ketiadaan mereka kepada pihak polis dan juga jiran.

“Pastikan lampu di dalam rumah dinyalakan sebelum meninggalkan rumah dan kalau boleh jangan tinggalkan barang berharga,” ujarnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse