Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP |  Self-check in, arrive early to avoid congestion – AirAsia |  Switch off and unplug: SESB |  RCI awaits approval on recommendations |  Hajiji: Assist youths to be hawkers, petty traders |  Curfew in ESSZone waters extended to July 9 |  SABAH CABINET MULLS NEXT MOVE |  300 attend Life Empowerment Berhad career guidance programme |  Four Points by Sheraton Sandakan’s Love Boat delivers donations in Kg Bakau |  ESSCOM pinapahabus 18 ngaan tuhun di iumon | 
 BM

Syukuri nikmat Ramadan: Sapawi

190617-lead-5b
MESRA .… Sapawi sedang berbual mesra dengan sebahagian daripada penerima sumbangan yang hadir.

19th June, 2017

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Hj Ahmad mengajak rakyat supaya mensyukuri rahmat Ramadan yang membolehkan ia disambut masyarakat Islam dalam suasana aman damai bersama rakyat berbilang kaum dan kepercayaan.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya semangat Ramadan itu yang meliputi aspek perpaduan, kasih sayang, pendidikan dan ekonomi diterap dan dipupuk secara berkekalan sehingga selepas Ramadan.

Katanya, rakyat negara ini bertuah kerana dapat menyambut Ramadan dan seterusnya meraikan Aidilfitri dalam keadaan harmoni berikutan jalinan kesatuan rakyat yang diperkukuh dengan kestabilan kerajaan.

Beliau berkata Ramadan juga membawa rahmat ekonomi kerana menjadi medan perniagaan bagi umat Islam menerusi bazar yang diadakan di serata tempat.

“Bazar Ramadan menjana ekonomi umat Islam, pembelinya menjangkau semua kaum termasuk bukan Islam, malahan ia menjadi produk pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihya Ramadan anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Sabah, di Dewan Masyarakat Sipitang, di sini kelmarin.

Program dijayakan bersama oleh Yayasan Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, Biro Agama Umno Bahagian Sipitang, Badan Dakwah Daerah Sipitang, Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sipitang, Tabung Anak Yatim Pekan Sipitang dan Bendahari Umno Sipitang, Datuk Mustapa Hj Kassim.

Sempena program itu, kira-kira 400 anak yatim, pelajar kurang berkemampuan dan golongan asnaf menerima sumbangan masing-masing.

Hadir sama Pengerusi PPIM Perhubungan Negeri Sabah, Datin Patimah Hj Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, Datuk Ahmad Bujang; Ketua Pemuda Umno Sipitang, Yamani Hafez Musa, Ketua Wanita Umno Sipitang, Datuk Surinam Sadikun, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang, Abd Razak Abd Karim.

Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata kepelbagaian kaum di negara ini tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menikmati kemeriahan Ramadan, justeru ia wajar dikekalkan secara berpanjangan.

Katanya, kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat merupakan prasyarat bagi kemajuan negeri dan negara keseluruhannya.

“Marilah kita terapkan roh dan semangat Ramadan ini demi untuk kemajuan berasas prinsip perpaduan, kasih sayang, pendidikan dan ekonomi, biarpun selepas berakhirnya Ramadan,” katanya.

Mengenai pembangunan Sipitang, Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata agenda transformasi pembangunan kini berjalan lancar dan dijangka landskap kemajuan akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun.

Katanya, ketika ini projek Lebuh Raya Pan Borneo dan projek minyak dan gas adalah antara projek mega yang bakal mengubah wajah Sipitang, kerana kedua-duanya menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi terbesar.

“Kerajaan kita komited membawa perubahan untuk rakyat secara menyeluruh, seiring gagasan pimpinan untuk menyejahterakan rakyat,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse