Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

30 pesakit di wad HQE dapat perkhidmatan istimewa

190617-ziarah-4
CERIAKAN .… Jainab ( kiri), Mohd Noh (dua dari kiri) dan Nur Farahin (kanan) menyampaikan hamper kepada pesakit.

19th June, 2017

KOTA KINABALU: Seramai 30 pesakit kelihatan ceria selepas menerima perkhidmatan istimewa seperti khidmat urut, penjagaan kuku kaki dan tangan serta perkhidmatan gunting rambut, pada petang Sabtu.

Program Amal Ziarah Ramadan tersebut merupakan anjuran Usahawan Giatmara dengan kerjasama Lembah Impian Spa and Beauty yang melibatkan tiga buah wad di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Menurut Pengarah Urusan Lembah Impian Spa & Beauty, Nur Farahin Balqis Abdullah, program yang diadakan bagi tahun ketiga itu bertujuan untuk menyumbang semula kepada masyarakat, dengan perkhidmatan secara percuma kepada pesakit.

“Perkhidmatan ini diberikan agar dapat memberi sedikit kelegaan dengan urutan kasih sayang daripada 22 orang usahawan yang terlibat memandangkan ada pesakit yang telah lama berada diwad dan pastinya berasa lenguh dan sengal badan,” katanya.

Harapannya, lawatan tersebut dapat membantu menceriakan pesakit dengan memberi sedikit sentuhan kasih sayang pada mereka dan sedikit sebanyak dapat memberikan kesan positif untuk sembuh serta kembali bersama keluarga semula.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid turut memuji program tersebut dan menganggap kerjasama diantara agensi kerajaan serta pihak swasta sebagai sesuatu yang baik untuk pembangunan masyarakat.

“Program ini diharap dapat dilakukan pada bila-bila masa bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi pada musim perayaan yang lain bagi menepati konsep 1 Malaysia,” katanya.

Pada hari yang sama, Jainab turut membuat lawatan dan menyampaikan duit raya serta hamper sumbangan Usahawan Giatmara kepada pesakit HQE.

Turut bersama dalam lawatan tersebut Pengarah HQE, Dr. Heric Corray dan Timbalan Pengarah Giatmara Sabah, Mohd Noh Nawawi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse