Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Masyarakat Islam disaran mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadan

190617-lead-3a
SAMPAIKAN ... Musa Aman (kanan) menyampaikan sumbangan pada majlis Penyampaian Zakat Ramadan di Pulau Nunuyan kelmarin.

19th June, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM (rozzalin@newsabahtimes.com.my)

SANDAKAN: Masyarakat Islam disaran merebut peluang di bulan Ramadan yang penuh berkat dengan mengerjakan amal ibadah seperti bersedekah untuk membantu golongan memerlukan bantuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata melakukan amalan murni ini menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda kepada seseorang insan apatah lagi Islam menggalakkan umatnya sentiasa membantu antara satu sama lain.

Katanya, peluang yang dimanfaatkan bukan sahaja dapat membantu meringankan beban golongan terbabit tetapi kelebihannya merapat tali silaturahim dan perpaduan sesama insan.

“Menjadi tradisi kepada kita iaitu Umno Sabah sentiasa turun padang di bulan Ramadan ini dengan harapan membantu mengurangkan beban rakyat yang kurang berkemampuan dalam menjalani ibadah puasa.

“Selain mengukuhkan lagi silaturrahim dan persefahaman sesama insan dengan berjumpa rakyat seterusnya berbuka puasa bersama- sama.

“Inilah hasrat dan matlamat kita yang tampil adalah semata-mata untuk membantu supaya beban mereka dapat dikurangkan di musim perayaan ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Ramadan di Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam, Batu 7, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Pengarah JASA Sabah, Ustaz Haji Abdul Manap Lakariba; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan Pengerusi Masjid berkenaan, Datuk Haji Pg Abdul Rahman Pg Mohd Galpam serta Ketua Cawangan Umno Batu Putih Darat selaku Pelaksa Majlis, Haji Hanif Ali Abd Rashid.

Di majlis penyampaian itu menyaksikan lebih kurang 1,300 orang penerima yang terdiri dari golongan fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka memerlukan menerima bantuan berupa duit raya serta sekampit beras.

Mengulas lanjut, Musa selaku Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran bersyukur kerana aktiviti turun padang di bulan Ramadan ini memberikan peluang kepadanya untuk berjumpa seterusnya menyampaikan bantuan.

Jelasnya, walaupun bantuan yang dihulurkan seadanya namun manfaatnya amat besar daripada segi menjalinkan hubungan perpaduan lebih erat dalam kalangan masyarakat Islam.

“Di kesempatan ini juga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Haji Pg Abdul Rahman kerana mentadbir dengan baik masjid yang tersergam indah ini.

“Alhamdulillah, masjid ini juga dihadiri lebih kurang 1,000 orang jemaah yang bersembahyang solat tarawih di sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 diberikan kepada Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam bagi membantu pihak masjid dalam menambah baik apa saja keperluan mahu pun kemudahan sedia ada demi manfaat para jemaah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse