Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP |  Self-check in, arrive early to avoid congestion – AirAsia |  Switch off and unplug: SESB |  RCI awaits approval on recommendations |  Hajiji: Assist youths to be hawkers, petty traders |  Curfew in ESSZone waters extended to July 9 | 
 BM

Aemayzaa Hijab tampilkan keayuan si pemakai

17th June, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM (rozzalin@newsabahtimes.com.my)

TAMPIL anggun dan bergaya idaman setiap wanita apa saja fesyen yang digayakan pasti memberikan yang terbaik untuk kelihatan lebih menawan.

Baik busana atau fesyen yang terkini, keayuan seseorang wanita akan terserlah apabila tampil berhijab dengan pelbagai corak khusus kepada pengguna hijab pada masa kini.

Kepada wanita muslimah khususnya, inilah masanya mendapatkan hijab eksklusif keluaran Aemayzaa Butik yang menjanjikan kelainan kepada pelanggan memandangkan dengan rekaan istimewa.

Begitu pun, menurut pengusahanya Amyza Tomme, fesyen hijab bukan sahaja tertumpu kepada muslimah tetapi ia boleh dijadikan bidang fesyen kepada semua kaum wanita mengikut kreativiti masing-masing.

“Hijab yang kita keluarkan ini boleh digayakan dengan pelbagai cara….boleh dijadikan skaf dan aksesori malah bukan sahaja muslimah tetapi semua wanita pun boleh menggayakannya sebagai aksesori,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Aemayzaa Hijab di Grand Ballroom, Sabah Hotel Sandakan, baru-baru ini.

Pelancaran Aemayzaa Hijab menampilkan rekaan terbaru itu disempurnakan oleh ahli perniagaan terkemuka yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah, Tan Sri Andrew Liew.

Mengulas lanjut, Amyza yang berusia 28 tahun, berasal dari Jakarta, Indonesia memberitahu pelancaran koleksi hijab beliau adalah pertama kali dibuat di sini dan beliau akan ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Julai nanti bagi mempromosikan koleksi-koleksi eksklusif hijabnya.

Menurut beliau, pada September dan hujung tahun ini beliau turut akan terbang ke London serta New York bagi mempromosikan hijab bersama rakan pereka Aemayzaa Hijab eksklusif di sana manakala dalam masa terdekat iaitu 17 Jun pula, beliau akan berada di Hotel Le Meridean, Kota Kinabalu untuk memperagakan koleksi hijab keluarannya itu.

Tambahnya lagi, perancangannya adalah bagi mengembangkan produk perniagaannya dengan sasaran sehingga ke pasaran antarabangsa agar semua orang dapat mengenali Aemayzaa Hijab.

Katanya, koleksi hijab yang dikeluarkan sangat terhad dengan berlainan bentuk dan corak warna maka sebab itu ia sangat eksklusif kerana setiap keluaran bagi satu hijab tidak akan ada rekaan sama selepas itu.

“Koleksi hijab yang kita keluarkan sangat unik kerana ia merupakan rekaan sendiri dan sangat berkualiti tingi selain dari bahan yang eksklusif serta turut berkolaborasi bersama Rosa Gallica, pelukis dan pereka lukisan hijab bagi mewujudkan salah satu daripada rekabentuk hijab eksklusif ini.

“Berdasarkan maklum balas positif dari pelanggan, saya yakin dan percaya setiap koleksi Aemayzaa Hijab akan memenuhi citarasa semua pelanggan terutamanya pelanggan kerana kelainan hijab itu sendiri,” jelasnya yang sudah bermula dengan rekaan fesyen sejak enam tahun lepas sehingga bertemu rakan yang berhijab dan terpanggil menceburi bidang tersebut.

Amyza berkata koleksi hijabnya ini akan memberi kelainan kepada pelanggan memandangkan fesyennya yang lebih selesa menambahkan lagi keayuan pada pemakainya untuk tampil bergaya.

Aemayzaa Hijab kini mempunyai pelanggan setia dari Sabah, Sarawak, Brunei dan juga Kuala Lumpur. Dengan tekad dan usaha yang terbaru ini, pengusaha fesyen dan hijab berkenaan menjanjikan kelainan kepada pelanggan sekali gus meletakkan produk eksklusifnya ini antara terbaik di peringkat antarabangsa nanti.

   
Email Print
   
 
 
E-browse