Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Batu Sumpah perjanjian perdamaian Dusun Minokok dan Segilitan

17th June, 2017

OLEH MARUTIN ANSIUNG

SEBUT sahaja Batu Sumpah Keningau semua orang tahu kerana ia didirikan semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan sehingga kini ia terkenal bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh negara malah di seluruh dunia kerana ia telah menjadi sejarah.

Namun tidak sesiapa yang tahu Batu Sumpah Perdamaian antara kaum Dusun Minokok dan kaum Dusun Segilitan yang masih terpacak di pertemuan sungai Dayat dan sungai Tongod Kipaliu Ulu Tongod.

Batu Sumpah itu mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana ia dapat menghentikan pertumpahan darah antara kedua-dua kaum yang bertelingkah atau dengan kata lain berperang sesama sendiri hanya kerana perbezaan etnik dan perebutan kawasan berburu.

Menurut Mir Anggaran 67, Batu Sumpah ini didirikan pada 1920 oleh nenek moyang mereka dahulu. Tujuan utamanya didirikan adalah untuk perdamaian penduduk sekitar kawasan ini dan khasnya untuk Kampung Kipaliu Ulu Tongod pada ketika itu.

Katanya, sebelum Batu Sumpah ini didirikan, seringkali terjadi pertikaian antara kaum Dusun Minokok dan kaum Dusun Segilitan.

“Banyak perkara yang berlaku sehingga menyebabkan pertumpahan darah, ini kerana mereka berperang antara satu sama lain. Ini terjadi kerana perebutan kawasan sekitar perkampungan. Apabila perkara ini terjadi, ramai penduduk sekitar yang bertindak usir mengusir dan kebanyakan yang lain akan ditindas,” jelas Mir kepada penulis.

Oleh itu jelasnya, nenek moyang mereka dulu mengambil langkah untuk berdamai dan mendirikan Batu Sumpah sebagai tanda perdamaian antara kaum Dusun Minokok dan kaum Dusun Segilitan.

Menurutnya lagi, Batu Sumpah bukan sahaja untuk perdamaian tetapi juga menandakan bahawa mereka adalah penduduk asal di kawasan itu dan tidak boleh diceroboh oleh sesiapa yang bukan penduduk asal kawasan tersebut.

Batu sumpah ini juga ada kaitan dengan kehidupan harian penduduk kawasan itu pada zaman dahulu kerana semasa mendirikan Batu Sumpah itu, mereka juga memohon menurut kepercayaan nenek moyang agar dilindungi dan tanamam seperti padi dan buah-buahan sentiasa mengeluarkan hasil yang cukup.

Mir memberitahu Batu Sumpah itu didirikan bergandingan kerana (dua buah) yang didirikan oleh dua kaum yang sering bertelingkah iaitu kaum Dusun Minokok dan Dusun Segilitan.

Nenek moyang kedua-dua kaum ini masing-masing mendirikan Batu Sumpah dan membuat perjanjian agar tidak lagi bertelingkah dan berperang sesama sendiri sebaliknya hidup bersatu padu walaupun terdiri daripada dua etnik yang berlainan.

Kesimpulannya, Batu Sumpah Perdamaian itu berjaya mendamaikan kedua belah kaum terbabit daripada permusuhan yang berpanjangan.

Malah pada hari ini, kedua-dua kaum ini boleh tinggal bersama dan berjumpa tanpa ada berlakunya persengkataan di antara mereka.

Mir memberitahu pada masa ini, kebanyakan kaum Dusun Minokok tinggal di kawasan Mukim Lanas Sook manakala kaum Dusun Segilitan tinggal di Kg. Bunga Raya Keningau.

   
Email Print
   
 
 
E-browse