Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Projek Fajar Sejuta Pemuda bangunkan semangat belia tunai solat subuh

17th June, 2017

KOTA KINABALU: Projek Fajar Sejuta Pemuda merupakan usaha Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dibawah agenda ‘Terus Imarah’ dalam membangun semangat para pemuda untuk menunaikan solat subuh berjemaah pada awal waktu di masjid terpilih di seluruh Malaysia.

Keunikan projek ini, FSP menggunakan aplikasi telefon pintar bagi mengurus data kehadiran dan mengemaskini program mega ini. Visi program ini adalah bagi mengumpulkan pemuda@belia yang berusia lingkungan 35 tahun kebawah secara kolektif sehingga sejumlah 1,000,000 pemuda berjaya menghidupkan Solat Subuh secara berjemaah.

Tempoh masa projek ini akan dilaksanakan bermula 1 Sya’aban 1438 H hingga kemuncak perasmian pada 17 Ramadhan 1438 H.

Pelancaran ini telah dihadiri lebih 400 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dirasmikan sendiri oleh Pengarah Jakim Sabah, Haji Mat Radzi Hj Mat Ali.

Bersama-sama turut hadir di majlis ini adalah Prof. Madya Dr.Muhamad Suhaimi Taat, Pengarah Pusat Islam UMS; Cik Sittilin Salleh, Pengerusi YDKMM Cawangan Sabah; Ghafur Rahim Mustaqim, Naib Pengerusi Bahagian Pembangunan Belia YDKMM dan Noorsyafira Mohamad Helmi, Ketua Program “Special Iftar For Asnaf & Fajar Sejuta Pemuda” Peringkat Kebangsaan, merangkap Ketua Unit Sukarelawan YDKMM Cawangan Sabah.

Pelancaran Projek Fajar Sejuta Pemuda pada jam 5.00 petang di Masjid UMS dengan kerjasama oleh Pusat Islam UMS dan beberapa kelab-kelab di UMS seperti Kelab Nur-Eman, Kelab Rakan Masjid, Admin-Admin UMS, JAKIM Sabah dan beberapa pihak yang turut berkolabarasi bagi menjayakan kedua-dua majlis ini.

Pelancaran projek ini berjalan serentak di beberapa buah tempat di Malaysia iaitu Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya; Masjid Negeri Perak; Masjid Universiti Putra Malaysia; Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia; Masjid Al-Falah USJ; Masjid Meru Ipoh dan Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan adalah tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah Jakim, One Day One Juzuk (ODOJ), Qiamulail Mega dan Motivasi Ramadan yang disampaikan Ghafur kepada semua pelajar Asasi Sains UMS sekali gus bersahur bersama- sama, Tazkirah Subuh dan Quran Hour.

Majlis turut diserikan dengan hidangan jamuan berbuka puasa bersama-sama pelajar UMS.

Sebanyak 400 pack Rice Omellete Chicken Chop dan Air Coklat telah berjaya diedarkan oleh sukarelawan YOSH kepada pelajar Asnaf UMS yang terdiri daripada pelajar Asasi Sains UMS dan pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Majlis SI4A pada hari itu telah bermula seawal jam 800 pagi di bahagian penyediaan dilakukan di Restoran Asian & Western Cawangan Sabah dimana pemiliknya merupakan alumni UMS iaitu Mohd Hanif Nasiruddin yang berlokasi di Kingfisher, Likas.

SPECIAL IFTAR FOR ASNAF atau SI4U ini merupakan salah satu program bakti masyarakat yang dianjurkan oleh YDKMM dengan kerjasama Restoran Asian & Western yang berpusat di Sri Iskandar, Perak.

Program yang mengumpulkan sukarelawan daripada IPTA dan IPTS di Malaysia turut sama melibatkan diri dalam mendekati masyarakat luar negara dari segi aspek kemanusiaan.

Tujuan utama penganjuran SI4U adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang dermawan untuk berkongsi nikmat rezeki bersama yang memerlukan.

Pihak YDKMM mengharapkan program seperti ini terutamanya program Fajar Sejuta Pemuda dapat membantu mengimarahkan lagi masjid terutamanya dalam kalangan para belia khususnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse