Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP |  Self-check in, arrive early to avoid congestion – AirAsia |  Switch off and unplug: SESB |  RCI awaits approval on recommendations |  Hajiji: Assist youths to be hawkers, petty traders |  Curfew in ESSZone waters extended to July 9 | 
 BM

Tiga NGO bergabung buat lawatan amal di Wad Hospital Keningau

17th June, 2017

KENINGAU: Seramai 90 pesakit di Wad Hospital Keningau telah menerima sumbangan makanan dan wang tunai daripada tiga badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.

Pengerusi penganjur Sarifah Bidin berkata, tujuan perlaksanaan program lawatan amal ini adalah bagi memupuk sifat keprihatinan masyarakat terhadap pesakit yang berada di hospital dan tidak dapat menjalani ibadah puasa disebabkan sakit pada bulan Ramadan ini khususnya pesakit yang beragama Islam.

“Selain itu, ini juga untuk memberi suntikan semangat kepada mereka agar terus tabah dan bersemangat dalam menghadapi masalah yang menimpa mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Hospital Keningau.

Beliau berkata, antara yang menerima sumbangan adalah terdiri daripada pesakit dewasa dan kanak-kanak. Tambahnya lagi, ini merupakan program yang besar bagi mereka kerana berjaya mengabungkan tiga badan NGO berkerjasama dalam menjalankan satu program lawatan amal di hospital Keningau ini.

Antara NGO yang terlibat dalam program itu ialah Persatuan Ibu Tunggal Daerah Keningau dan Tenom Sabah (Ibu Teratai), Persatuan Koperasi Usahawan Wanita Niaga Keningau Berhad (Kuswani) dan Persatuan Wiranita Perkasa Parlimen Keningau (Wirnita).

Turut hadir Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Timbalan Yang Di Pertua PERKASA Negeri Sabah Jeffrus Rijan, Pegawai Koperasi Wilayah Keningau Anthony Ungkir Dee dan Pengerusi-pengerusi badan NGO. -OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse