Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

300 penduduk dua kampung hadapi masalah akibat jalan rosak

17th June, 2017

NABAWAN: Lebih 300 penduduk di Kg. Kabu Baru dan Anambai Baru menghadapi masalah mengeluarkan hasil sawit dan getah mereka berikutan kerosakan teruk jalan Pamuntarian – Kabu Baru.

Penduduk terutama golongan petani di kedua-dua kampung itu terpaksa berhempas pulas mengeluarkan kenderaan mereka kerana tersadai dalam lumpur.

Keadaan jalan itu juga menyebabkan kerosakan kenderaan akibat laluan yang berlobang dan berlumpur. Menurut Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap yang juga salah seorang pengusaha sawit di kawasan itu, keadaan jalan yang semakin rosak itu menyulitkan penduduk mengeluar hasil sawit dan getah yang menjadi sumber pendapatan utama mereka.

“Jalan itu langsung tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda, itu pun dalam keadaan terpaksa” katanya kepada media di sini kelmarin.

Katanya, masalah itu sering dibangkit oleh beliau dalam Mesyuarat Tindakan Daerah namun tiada tindakan oleh pihak yang berkenaan.

“Justeru itu, penduduk merayu kepada pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan segera menyelanggara jalan bagi membolehkan mereka mengeluarkan hasil pertanian” katanya.

Dalam masa yang sama beliau meminta Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang turut menggunakan jalan itu agar membaiki jalan yang rosak.

Katanya, LIGS mengguna jalan itu kerana membangun tanah penduduk dengan tanaman getah berkelompok.

“Kerosakan jalan itu juga disebabkan oleh kenderaan besar yang mengangkut bibit getah dan baja” jelasnya. Tambahnya, mereka sudah meminta pihak LIGS membaiki jalan itu tetapi enggan memberi kerjasama. -OLEH: MARUTIN ANSIUNG (marutin@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse