Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Empat lelaki warga Vietnam ditangkap

17th June, 2017

RANAU: Seramai empat lelaki warga Vietnam ditangkap pihak berkuasa apabila didapati menceroboh kawasan hutan Taman-taman Sabah untuk tujuan mencari kayu gaharu.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 1.10 petang hari Khamis di dalam kawasan Taman Kinabalu iaitu Taman Air Panas Poring, berhampiran Kampung Poring Ranau.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki yang mengesahkan kes itu kepada media berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan aktiviti haram terbabit daripada penduduk kampung yang terlihat keempat suspek melakukan aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Kita menerima makluman awam mengatakan berlaku aktiviti mencurigakan di kawasan Taman Kinabalu melibatkan empat individu yang dikatakan bukan warganegara Malaysia.

“Bertindak atas makluman, kita mengejarkan sekumpulan seramai 19 kakitangan Taman-Taman Sabah diketuai oleh PBTK Marius Gabin untuk membuat serbuan dan pemeriksaan di lokasi terbabit.

“Hasil respon pantas yang dilakukan, kita berjaya menjejak empat lelaki warga Vietnam yang sedang melakukan aktiviti haram itu. Bersama mereka turut dijumpai empat bilah kapak, tiga bilah parang, sembilan pahat dan cebisan kayu gaharu,” jelas beliau.

Menurut Yassin lagi, kesemua suspek sudah ditahan bersama peralatan dan direman di IPD Ranau kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah ETT 1984 Pin 2007. – OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse