Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Gambar beberapa ekor pelanduk diviral: Peniaga daging haiwan buruan berlesen beri penjelasan

17th June, 2017

NABAWAN: Para peniaga daging haiwan buruan yang berlesen di daerah ini menafikan gambar beberapa ekor pelanduk yang diviralkan dalam facebook (fb) Joseph Gasis bukanlah gambar yang baharu.

Sehubungan dengan ini sekumpulan kecil peniaga daging buruan berlesen di daerah ini tampil membuat penafian agar Jabatan Hidupan Liar Sabah mendapat maklumat yang sebenar.

Jurucakap kumpulan peniaga itu Yambuhau Angindi berkata, gambar itu mungkin dirakam oleh pihak yang berkepentingan beberapa tahun lalu dan pernah diviralkan dalam laman sosial.

“Kami yakin paparan yang diviralkan dalam laman sosial fb itu bukanlah dilakukan oleh peniaga dan bukannya gambar baharu tetapi gambar lama yang dikeluarkan kembali oleh individu yang berkepentingan” jelas Yambuhau kepada New Sabah Times di sini pada Khamis.

Menurut Yambuhau, sejak mereka memperolehi lesen daripada Jabatan Hidupan Liar, mereka sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh jabatan berkenaan.

“Malah kami mematuhi syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang-pemegang lesen yang dikeluar oleh Jabatan Hidupan Liar,” tegasnya.

Jelas Yambuhau lagi, pada masa ini mereka juga sering mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Hidupan Liar untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan jabatan dan pemegang lesen.

Beliau berkata, pemegang-pemegang lesen daging haiwan buruan juga sentiasa memberi kerjasama kepada Jabatan Hidupan Liar untuk mencegah pemburuan haram terutama haiwan yang dilindungi.

Katanya lagi, mereka juga akan melarang mana-mana individu yang merakam gambar di tempat menjual daging di tapak tamu semasa mereka berniaga.

Ini katanya, bagi mengelakkan penyebaran gambar-gambar haiwan buruan diviralkan yang boleh menimbulkan prasangka dan persepsi masyarakat umum terhadap pemegang-pemegang lesen di daerah ini.

Beliau memberitahu, pegawai dan kakitangan Jabatan Hidupan Liar juga sentiasa membuat pemantauan sama ada di kawasan hutan larangan dan tempat penjualan daging di tamu pekan Nabawan pada setiap Rabu dan Sabtu.

“Ini bererti tidak timbul kegiatan memburu haiwan secara berlebihan di kawasan ini kerana setiap pemegang lesen sudah diberikan garis panduan,” katanya. -OLEH MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print
   
 
 
E-browse