Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

TIGA LELAKI DISYAKI TERLIBAT DAESH DITAHAN DI S'KAN

17th June, 2017

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiga ditahan di Sandakan, Sabah semalam iaitu dua daripadanya warga Indonesia dipercayai anggota Daesh yang berhasrat untuk menyertai pertempuran di Marawi, Filipina.

“Seorang lagi ditahan di Slim River (Perak) yang dipercayai merancang untuk menyerang warga polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sini kelmarin.

Khalid berkata suspek berusia lingkungan 30 ke 48 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan.

Menurutnya dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa dokumen berkaitan Daesh selain senjata seperti pisau Rambo dalam tangkapan di Sandakan.

Sementara itu, Khalid Abu Bakar berkata beliau dijadual bersara wajib pada September ini.

“Ya saya bersara wajib bulan September ini, saya cukup 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Bukit Aman, di sini kelmarin.

Pada majlis itu DCP Datuk Mahamad Akhir Darus yang memulakan kerjayanya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1976 bersara wajib pada 18 Jun ini diganti oleh Ketua Polis Daerah Brickfields SAC Sharul Othman Mansor. Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Dis 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013.

Ketika diminta mengulas dakwaan Sarawak Report yang mengaitkan hubungan beliau dan beberapa pegawai tertinggi PDRM dengan Gopinathan Krishnan atau Gopi, suspek kes melindungi pusat judi haram di Melaka, Khalid sekali lagi menegaskan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menyiasat perkara itu dan polis tidak akan campur tangan.

“Sarawak Report ini sengaja hendak memburuk-burukkan saya dan organisasi saya. Kita dah tahu kes itu sedang disiasat SPRM, biarlah SPRM siasat, kalau ada perkara-perkara atau kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa, sama ada Gopi ataupun pegawai saya, tindakan akan diambil.

“Tak payah la Sarawak Report nak tambah semangkuk (campur tangan) pula, biarlah SPRM menjalankan siasatan dan tunggu laporan mereka,” katanya. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse