Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Last male Sumatran Rhino Tam honoured |  Labuan FSA intensifies efforts to attract digital-based financial services |  POIC, Northport in pact for BIMP-EAGA trade |  Kenali pasukan pelaksana MGTS2019 |  Peruntukan besar kepada Kementerian Pendidikan tepat pada masanya: Arifin |  35 guru penasihat sertai Kursus Pertolongan Cemas SJAM Sandakan |  Pekerja kolam ikan ditemukan mati lemas di Ranau |  APMM sita bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen |  Perbadanan Labuan dan Kolej Vokasional jalin kerjasama |  Kraftangan, pelancongan dua sektor saling mengimbangi impak positif kepada negara |  Konflik manusia-gajah di Sabah: Elakkan pembangunan di kawasan sensitif |  Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Tam: Badak Jantan Terakhir’ di Kompleks Muzium Sabah |  Hubungan dua hala Sarawak dan Sabah dipertingkat menerusi k-sama ekonomi |  Tempoh 90 hari cuti bersalin dipanjangkan kepada k-tangan swasta |  41,000 penduduk di DUN Balung berdepan krisis air kritikal | 
 BM

Unit khas polis ESSZONE akan terima RPG baru

240517-lead-9b
ALBUM KENANGAN ... Muhammad Sabtu bergambar kenangan bersama peserta latihan pengendalian RPG di Lapang Sasar Tinagat.

24th May, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Senjata Rocket Propelled Grenade (RPG) versi terbaharu akan dibekalkan kepada anggota unit khas pasukan polis di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai menguatkan pasukan di darat dan perairan kawasan itu.

Pengarah keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Dato Sri Muhammad Sabtu Osman berkata anggota unit Khas di ESSZONE akan menjadi kumpulan pertama dibekalkan senjata RPG terbaharu dari Bulgaria itu.

Menurutnya, pada masa kini usaha melatih anggota sebagai pendedahan menyesuaikan diri dengan senjata itu sedang dilakukan oleh jurulatih dari Unit Komando 69.

“Setakat ini saya tak perlu sebut berapa jumlah RPG yang kita ada sekarang, tapi kita akan buat penempatan dan agihan kepada anggota unit Khas di ESSZONE dan kalau tak cukup kita akan buat pembelian lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pengendalian RPG di Lapang Sasar Tinagat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, dekat sini, kelmarin.

Katanya, senjata RPG itu sememangnya digunakan dalam peperangan dan amat penting dibekalkan dan ditempatkan di ESSZONE sebagai langkah menguatkan pasukan bagi menjaga keselamatan negara.

“Buat sementara ini kita belum buat pembekalan kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) dan unit lain tapi kita juga akan beri tumpuan kepada unit Tiger Platun,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sabtu memberitahu tiada kumpulan bersenjata melakukan pencerobohan terbaru di Sabah termasuk ke kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu, seperti dilaporkan pada 14 Mei lalu.

Menurutnya, selepas siasatan terperinci dan pemeriksaan di lokasi dimaksudkan, pasukan keselamatan tidak menemui sebarang tanda pencerobohan kumpulan bersenjata.

“Dakwaan itu hanyalah maklumat sebelum disahkan dan selepas siasatan dan pemeriksaan di lapangan, tiada kumpulan atau musuh yang dimaksudkan menceroboh ke negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai penambahan anggota di kawasan berisiko, beliau berkata ianya bergantung kepada maklumat yang diterima dari semasa ke semasa.

“Pada masa kini, tahap keselamatan di Sabah terutama di kawasan ESSZONE berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Hadir sama, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

   
Email Print
   
 
 
E-browse