Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  SESB minamason do moomoguno maganu laang koumoligan lotirik |  Perkeso pinapataak cek kounalan RM120,708.42 kuminaa do bagas juruteknik id Nabawan |  Lahan id apat kampung au atahib do kulita tongonini binuzu hizud id Kinabatangan |  Perkeso Keningau pinapahabus 13 kompaun kigatang RM10,000 |  Tempuhi kehidupan baru dengan penuh keinsafan: Rahim |  Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP | 
 BM

Kurup cadangkan Pesta Panawari dimasukkan dalam kalendar pelancongan

20th May, 2017

OLEH MARUTIN ANSIUNG (marutin@newsabahtimes.com.my)

NABAWAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Pesta Panawari atau pesta sukan tradisional suku kaum Murut dimasukkan dalam kalendar pelancongan.

Bagaimanapun, kajian terperinci perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan bagaimana pesta itu benar-benar berkesan dalam menarik kedatangan pelancong, katanya selepas merasmikan Pesta Panawari 2017 di sini, kelmarin.

Panawari merupakan pesta sukan tradisional suku kaum Murut yang dianjurkan setiap awal Januari sejak penjajahan kolonial di Sabah tetapi dihentikan sebaik negara mencapai kemerdekaan.

Nabawan merupakan daerah pertama di Sabah yang menghidupkan semula sambutan pesta itu sejak tiga tahun lalu, dan kali ini penganjurannya diselaraskan pada bulan Mei iaitu bersempena sambutan Pesta Kaamatan. Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri pesta itu untuk menyaksikan persembahan 30 jenis sukan tradisi suku kaum Murut.

Kurup berkata, inisiatif oleh Pejabat Daerah Nabawan untuk menganjurkan semula pesta itu bagi kali ketiga merupakan langkah positif untuk menghidupkan semula sukan-sukan tradisi suku kaum itu yang semakin dilupakan oleh generasi muda kaum itu.

“Usaha menghidupkan semula pesta ini amat tepat, bukan sahaja berjaya menghimpunkan semua rakyat, tetapi juga merupakan wadah untuk memperkasakan perpaduan sedia ada di kalangan rakyat berbilang kaum di daerah Nabawan,” katanya.

Kurup yang merupakan Anggota Parlimen Pensiangan, berkata pesta itu memberi peluang kepada generasi muda untuk melihat dan mempelajari sukan tradisi suku kaum itu dipersembahkan di khalayak umum, selain sebagai wadah untuk bertukar-tukar pengetahuan mengenai pencapaian dalam bidang pertanian.

“Di sini anda boleh mempelajari sesuatu yang baharu untuk dikembangkan di tempat masing-masing,” katanya. Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Jubilin Kilan, Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse