Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM Tawau minomogundop ponginaman mogohimu 50 tuung gas om 15 kutak tumau pagansak |  315 Pengakap Kanak-kanak Sabah Pramuka sertai Perkhemahan Pek Bercuti |  AADK Sandakan teruskan kempen Perangi Dadah Habis-habisan |  UMS akan bina 10 rumah komuniti di Tawau |  Lebih 5,000 mahasiswa UMS terima konvokesyen bermula 18 November ini |  Mahkamah Jenayah Seksual kanak-kanak bakal beroperasi di Sabah tahun depan |  Lebih 10 buah rumah di Labuan rosak akibat angin kencang |  AmGeneral Insurance announces its latest coverage package |  Kids from six countries to compete in Hot Wheels contest |  Ex-Sabah footballers for Quadrangular Tournament |  Chinese consulate warns nationals of scams |  Suspect in fictitious project has police records |  Flood victims from 12 KB villages evacuated |  DBKK pledges corruption-free |  Govt keeping close tabs on worsening weather | 
 BM

UMS tawar pihak industri buka pakej pelancongan ke universiti

20th May, 2017

KOTA KINABALU: Bagi menyemarakkan Pelancongan EcoCampus di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Pengurusan EcoCampus telah mengadakan pertemuan bersama syarikat-syarikat pengusaha pelancongan di Sabah pada 18 Mei 2017 bagi memasukkan UMS sebagai salah satu destinasi dalam pakej pelancongan mereka.

Sesi perjumpaan dimulakan dengan penyampaian taklimat daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan EcoCampus UMS, Prof. Dr Jennifer Chan Kim Lian tentang tempat-tempat menarik di sekitar kampus yang menjadi tumpuan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

“Kita mempunyai landskap yang unik, pantai yang cantik selain pusat penyelidikan yang dilengkapi dengan muzium dan galeri yang pasti memberi pengalaman berbeza bagi mereka yang datang berkunjung.

“Setiap pelancong yang datang akan mempelajari sesuatu yang baru kerana mereka akan melihat sendiri penemuan para penyelidik UMS termasuk juga hasil kajian mereka yang dipamer di galeri penyelidikan, galeri borneensis, muzium perubatan serta muzium dan akuarium marin,” katanya sambil memaklumkan beberapa lokasi lain yang turut mencuri perhatian para pelancong untuk merakamkan foto kenangan.

Beliau berkata, UMS menjemput pengusaha industri pelancongan untuk memasukkan UMS sebagai salah satu destinasi utama dalam pakej pelancongan dengan mengemukakan sebarang kertas cadangan kepada Pusat Pengurusan Ecocampus.

“Pihak UMS sentiasa bersedia memberikan kerjasama sekiranya para pengusaha pelancongan ingin mendapatkan khidmat nasihat kerana kita disini mempunyai pakar-pakar dalam bidang ini,” ujarnya yang juga pensyarah Program Pelancongan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perkaunan (FPEP).

Kesemua wakil syarikat pengusaha pelancongan yang hadir kemudiannya dibawa melawat ke seluruh destinasi menarik di UMS bagi menikmati sendiri keunikan dan keindahan universiti diiringi Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, Kueh Boon Hee.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus UMS, Prof. Madya Dr. How. Siew Eng.

   
Email Print
   
 
 
E-browse