Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Noor Arizan bontugan Sodop Sugandoi All Star Hospital Tuaran 2017 |  KRT Taman Nikmat pinapaharo ‘doa selamat’ monuau korikotan wulan Ramadan |  PAKALAJA POLINTA PINOKIANU POPOINGKAVAS DO TOIHAAN DIGITAL |  Program SHIELDS beri pendedahan kepada pelajar bahaya dadah |  KM: Adau Kokotuan landasan terbaik bina integrasi rakyat di Sabah |  Unit khas polis ESSZONE akan terima RPG baru |  88 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu Khas siri 2 |  Ramadan bentuk insan bertaqwa |  Bangunan baharu PPI dan PIPS penuhi keperluan kakitangan akademik UMS: Naib Canselor |  ESSCOM sentiasa laksana operasi di ESSZONE setiap hari tanpa gagal |  SEORANG MAUT, 2 PENGSAN TERHIDU ASAP BERACUN |  Ford Malaysia rolls out host of treats for East Malaysian customers |  Asyraaf demands better show from players |  Korean duo in line for tonight’s clash |  One died, two injured after inhaling toxic fumes | 
 BM

SME Corps sasar jualan RM50,000 pada minggu PKS Sabah 2017

20th May, 2017

KOTA KINABALU: SME Corp menyasarkan nilai jualan keseluruhan usahawan Sabah antara RM30,000 hingga RM50,000 pada Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017 peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Pengarah SME Corp cawangan Sabah Meor Shahril Isma Meor Abdullah berkata lebih 30 gerai pameran disediakan pada penganjuran kali ini yang diadakan di pusat membeli belah One Borneo bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Beliau berkata selain pameran dan jualan, terdapat pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk seminar, padanan perniagaan bersama Lazada, bual bicara, hari terbuka pembiayaan mikro dan ‘food truck’.

“Kami berharap dapat menarik kehadiran sehingga 12,000 pengunjung pada Minggu PKS Sabah 2017 yang berlangsung selama tiga hari,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu PKS Sabah 2017 di sini, kelmarin.

Majlis perasmian yang disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Datuk Bolkiah Ismail itu turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Hashim Paijan dan Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia Mohd Rithaudden Makip.

Mengulas lanjut, Meor Shahril Ismi berkata, penganjuran Minggu PKS Sabah 2017 antara lain memberi tumpuan kepada aktiviti padanan perniagaan bersama Lazada khusus untuk para usahawan Sabah yang ingin menceburi bidang perniagaan dalam talian.

Beliau berkata ini bagi memberi peluang kepada usahawan terbabit berkembang sekali gus melihat potensi yang ada untuk melebarkan sayap perniagaan ke peringkat global.

“Ini adalah antara inisiatif SME Corp untuk memberi ruang dan peluang kepada usahawan Sabah mengembangkan potensi seterusnya membawa perniagaan mereka ke pentas antarabangsa menerusi online,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse