Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  SESB minamason do moomoguno maganu laang koumoligan lotirik |  Perkeso pinapataak cek kounalan RM120,708.42 kuminaa do bagas juruteknik id Nabawan |  Lahan id apat kampung au atahib do kulita tongonini binuzu hizud id Kinabatangan |  Perkeso Keningau pinapahabus 13 kompaun kigatang RM10,000 |  Tempuhi kehidupan baru dengan penuh keinsafan: Rahim |  Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP | 
 BM

Pejabat Kesihatan Kota Belud keluarkan sembilan notis kepada premis makanan

20th May, 2017

OLEH JOANES ROBERT JOHNNY

KOTA BELUD: Sembilan notis dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kota Belud kepada para pemilik dan pengendali makanan di daerah Kota Belud, kelmarin.

Premis-premis terbabit didapati telah melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar peraturan kebersihan makanan 2009.

Tindakan itu diambil menerusi operasi bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kota Belud dan Majlis Daerah Kota Belud selama dua hari, dan berakhir kelmarin.

Operasi tersebut membabitkan 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Kota Belud.

Berdasarkan kenyataan dari pihak Jabatan Kesihatan Kota Belud, operasi itu diadakan untuk memastikan premis makanan bersih dan selamat dikunjungi pengguna, dan mengelakkan daripada berlakunya kejadian keracunan makanan.

Sebanyak 51 premis makanan di daerah Kota Belud telah diperiksa dan hasilnya sebanyak sembilan dikeluarkan notis mengikut Seksyen 328, Akta Makanan 1983 kepada pemilik dan pengendali makanan terbabit.

Sumber memberitahu, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan standard premis makanan di daerah ini sentiasa berada pada tahap memuaskan dan mematuhi undang-undang.

   
Email Print
   
 
 
E-browse