Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM Tawau minomogundop ponginaman mogohimu 50 tuung gas om 15 kutak tumau pagansak |  315 Pengakap Kanak-kanak Sabah Pramuka sertai Perkhemahan Pek Bercuti |  AADK Sandakan teruskan kempen Perangi Dadah Habis-habisan |  UMS akan bina 10 rumah komuniti di Tawau |  Lebih 5,000 mahasiswa UMS terima konvokesyen bermula 18 November ini |  Mahkamah Jenayah Seksual kanak-kanak bakal beroperasi di Sabah tahun depan |  Lebih 10 buah rumah di Labuan rosak akibat angin kencang |  AmGeneral Insurance announces its latest coverage package |  Kids from six countries to compete in Hot Wheels contest |  Ex-Sabah footballers for Quadrangular Tournament |  Chinese consulate warns nationals of scams |  Suspect in fictitious project has police records |  Flood victims from 12 KB villages evacuated |  DBKK pledges corruption-free |  Govt keeping close tabs on worsening weather | 
 BM

Penerbit UMS raih Anugerah Pengajian Tinggi kategori Buku Sains Sosial Terbaik dalam ABN 2017

20th May, 2017

KUALA LUMPUR: Penerbit UMS terus mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Buku Negara (ABN) 2017 bagi Anugerah Pengajian Tinggi dalam kategori Buku Sains Sosial Terbaik.

Anugerah itu dimenangi melalui buku berjudul, “Pluralisme : Etnisiti Sabah dan Sarawak” yang disunting oleh Prof. Madya Mat Zin Mat Kib, Dr. Christina Andin dan Prof. Madya Dr. Ismail Ali dari Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan (FKSW) UMS.

Buku yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada Dekan FKSW, Prof. Dr. Ismail Ibrahim sempena persaraan wajib beliau pada 5 April 2016 telah diumumkan sebagai pemenang dalam Majlis Anugerah Buku yang diadakan di Pasific Ballroom, Hotel Seri Pasific, disini, baru-baru ini.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Anugerah Buku Negara dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengembangkan lagi budaya membaca supaya seluruh masyarakat Malaysia sentiasa mendepani maklumat, ilmu dan pengetahuan.

Penganjuran Anugerah Buku Negara ini terbuka kepada semua karyawan, penerbit dan penggiat industri buku untuk diberi pengiktirafan dan insentif sewajarnya.

Majlis Anugerah Buku itu juga turut diadakan bersempena Pesta Buku Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur, GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara.

   
Email Print
   
 
 
E-browse