Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Hyatt Regency rai 59 kanak-kanak sempena Krismas |  Alyssa Dezek Selebriti kanak-kanak serba boleh |  190 mangsa terlibat simulasi hadapi banjir |  WCS berkonvoi ke Pantai Timur sambil membuat kebajikan |  Kem Sahsiah Guru perkukuh jati diri |  Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan tingkat hubungan dengan media |  IKM tawar kursus Pacuan Empat Roda pertama di Malaysia |  Polis tahan dua lelaki terlibat kes samun bersenjata |  Polis berusaha jadikan Tenom selamat, bebas dadah: DSP Firdaus |  Industri koko antara komoditi penting sumbang pendapatan negara: Nuhaini |  Towards producing a golden generation |  Stroll in the park for Penampang girls |  Ball in Mafry, Ronny’s court |  Keningau girls register second consecutive victory |  Homes razed, 27 firefighters’ help halt more costly damage | 
 BM

ATIPSOM: Bayi enam bulan antara ditahan

20th May, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Bayi berusia enam bulan antara 16 penumpang dua kenderaan yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) untuk siasatan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007/2010).

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim dalam kenyataan berkata kesemua penumpang terbabit ditahan kira-kira jam 8.20 malam oleh sepasukan unit risikan PPM Tawau di Pantai Batu 6, Jalan Apas.

Menurutnya, pasukan telah melakukan serbuan terhadap dua buah kenderaan iaitu masing-masing sebuah kenderaan jenis Proton Exora dan sebuah lagi jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Hasil serbuan, didapati dua pemandu warga tempatan berusia 48 dan 52 tahun membawa 16 penumpang berusia 6 bulan hingga 50 tahun terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita.

Pemeriksaan lanjut mendapati penumpang yang ditahan adalah warga Indonesia dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemandu kedua-dua kenderaan turut ditahan bersama semua migran dan kenderaan mereka turut disita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran,” katanya.

Moh Nazri berkata kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

   
Email Print
   
 
 
E-browse