Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

JKDM patahkan cubaan seludup masuk minuman keras

20th May, 2017

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Lahad Datu berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk minuman keras tidak berbayar cukai ke daerah ini selepas merampas 11,688 tin minuman keras berjenama ‘Burge Meester’, dianggarkan bernilai RM17,532 di sini, kelmarin.

Pengarah Kastam Sabah, Dato’ Dr. Hj. Janathan Kandok berkata, rampasan itu dibuat hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah lori yang terbabas akibat hilang kawalan semasa menuruni bukit di jalan Silam, pada kira-kira pukul 4 petang.

“Bertindak hasil maklumat dan pemeriksaan yang dibuat oleh pasukan Kastam dilokasi kejadian terhadap muatan lori berkenaan telah mendapati ia mengangkut minuman keras berjenama ‘Burge Meester’.

“Bagaimanapun, semasa kejadian tiada tangkapan dibuat dan pihak kita kini sedang giat mengesan pemilik lori terbabit dan juga permit perniagaan yang ditemui di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Jelas Janathan, pihaknya juga yakin siasatan kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. “Semua eksibit telah dibawa ke pejabat Kastam Lahad Datu dan susulan kejayaan rampasan ini kita turut berjaya menyelamatkan cukai sebanyak RM56,803.68.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Yang mana jika sabit kesalahan mana-mana individu didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse