Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  SESB minamason do moomoguno maganu laang koumoligan lotirik |  Perkeso pinapataak cek kounalan RM120,708.42 kuminaa do bagas juruteknik id Nabawan |  Lahan id apat kampung au atahib do kulita tongonini binuzu hizud id Kinabatangan |  Perkeso Keningau pinapahabus 13 kompaun kigatang RM10,000 |  Tempuhi kehidupan baru dengan penuh keinsafan: Rahim |  Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP | 
 BM

Kamarlin gesa Jabatan Air segera bina tangki statik

20th May, 2017

OLEH AHMAD APONG

BEAUFORT: Jabatan Air digesa supaya menyegerakan pembinaan tangki-tangki statik seperti yang dijanjikan. Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Haji Kamarlin Hj Ombi membuat gesaan itu semasa mengadakan ziarah dan tinjauan kepada mangsa-mangsa rumah roboh di Kampung Melati Beaufort pada Jumaat.

“Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan untuk pembinaan tangki-tangki statik itu antaranya Kampung Padas Damit, Bentuka, Mentulud, Jabang, Kansa dan Suasa seperti yang telah diumumkan oleh Jabatan Air sendiri,” tegasnya.

“Pembinaan sewajarnya disegerakan dan tidak ada sebab Jabatan Air melengah-lengahkan pembinaan yang sudah pun diberikan peruntukan,” katanya.

Kamarlin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan berkata pembinaan tangki statik itu tetap penting dan diperlukan sekalipun loji bekalan air akan siap dalam tempoh terdekat kerana tangki-tangki tersebut boleh dijadikan tempat penyimpan bekalan air dan akan digunakan ketika bekalan-bekalan air terputus atau bermasalah.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan masalah air yang dihadapi dan masih menghantui kebanyakan penduduk DUN Lumadan yang melibatkan banyak kampung yang akhirnya impaknya masalah berkaitan sering diajukan dan dikembalikan kepada pemimpin.

“Jabatan Air seharusnya lebih peka dan prihatin kepada rakyat, kami sebagai pemimpin sering menerima kritikan dari rakyat sehingga diviralkan di Facebook,” katanya.

“Saya tidak mahu mendengar lagi macam-macam alasan dan janji itu janji ini sebagaimana yang dijanjikan oleh Jabatan Air tetapi masalah air terus tidak pernah selesai dan jangan tahu cakap saja tetapi buat dan laksanakan,” tegasnya.

Sebelum itu Kamarlin yang juga Wakil Rakyat Lumadan melahirkan simpati terhadap mangsa-mangsa rumah roboh di Kampung Melati.

Kamarlin berkata ziarah ini untuk membolehkan beliau meninjau rumah mereka untuk melihat lebih dekat walaupun sebenarnya Pegawai di Unit Pemimpin Masyarakat (UPPM), Junli Usop dan CDO Jainuddin Hj Tuah telah pun datang kelmarin meninjau rumah ini tetapi ketika itu kesemua tujuh beradik tidak ada.

Semasa ziarah itu beliau segera meluluskan bantuan berupa bahan-bahan binaan seperti tiang, berunti, papan dan atap zink untuk membina kembali rumah mangsa supaya mereka sekeluarga dapat tempat berteduh dari menumpang di rumah jiran selamanya.

Katanya, perkara ini juga akan beliau sampaikan lebih lanjut kepada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad untuk sama-sama membantu mangsa.

“Pejabat UPPM DUN Lumadan juga akan menghubungi RELA Daerah dan agensi kerajaan yang lain untuk membantu kerja-kerja pembersihan rumah yang roboh ini dan seterusnya melakukan kerja gotong-royong membina semula rumah ini,” katanya.

Malai Fatmah Halti ketika ditemui melahirkan ucapan terima kasih di atas ziarah Wakil Rakyat itu yang memberikan bantuan untuk membina semula rumah mereka yang roboh pada Ahad lalu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse