Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Noor Arizan bontugan Sodop Sugandoi All Star Hospital Tuaran 2017 |  KRT Taman Nikmat pinapaharo ‘doa selamat’ monuau korikotan wulan Ramadan |  PAKALAJA POLINTA PINOKIANU POPOINGKAVAS DO TOIHAAN DIGITAL |  Program SHIELDS beri pendedahan kepada pelajar bahaya dadah |  KM: Adau Kokotuan landasan terbaik bina integrasi rakyat di Sabah |  Unit khas polis ESSZONE akan terima RPG baru |  88 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu Khas siri 2 |  Ramadan bentuk insan bertaqwa |  Bangunan baharu PPI dan PIPS penuhi keperluan kakitangan akademik UMS: Naib Canselor |  ESSCOM sentiasa laksana operasi di ESSZONE setiap hari tanpa gagal |  SEORANG MAUT, 2 PENGSAN TERHIDU ASAP BERACUN |  Ford Malaysia rolls out host of treats for East Malaysian customers |  Asyraaf demands better show from players |  Korean duo in line for tonight’s clash |  One died, two injured after inhaling toxic fumes | 
 BM

Musa: Batal bina jambatan Sukau atas permintaan ramai pihak

20th May, 2017

KINABATANGAN: Kerajaan negeri mengambil kira permintaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara dan pelancong apabila membatalkan pembinaan jambatan merentasi Sungai Kinabatangan di Sukau.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pihak tersebut sayangkan keindahan semula jadi yang terdapat di Sukau dan mahu suasana itu kekal.

“Pembatalan projek membina jambatan di Sukau bukan disengajakan atau kemahuan saya atau perdana menteri atau Saddi (Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman) tetapi atas permintaan dunia.

“Ini kerana NGO luar negara dan pelancong sayangkan Sukau. Mereka mahu alam semula jadi di Sukau sentiasa ada,” katanya pada majlis perasmian Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau dekat sini kelmarin.

Pembinaan jambatan itu dicadangkan oleh Saddi dengan merangkumi 350 meter merentasi sungai Kinabatangan di Sukau yang terkenal dengan tarikan ekopelancongan khusus hidupan liar antaranya gajah dan Orang Utan .

Pada 20 April lepas, Ketua Konservator Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan mengumumkan di London kerajaan negeri tidak akan meneruskan pembinaan jambatan itu ketika berucap pada majlis makan malam Perkongsian Penyelidikan Hutan Tropika Asia Tenggara (SEARPP) di Royal Society, London.

Musa berkata ketika awal cadangan itu dikemukakan Saddi, beliau tidak mempunyai halangan untuk meluluskannya bagi memberi kebaikan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, katanya pelaksanaan projek itu kemudian mendapat reaksi daripada beberapa pihak termasuk NGO luar negara dan pelancong.

Katanya mereka berpendapat, kawasan semula jadi Sukau harus dipelihara dengan baik dan yang penting memberi ruang kepada hidupan liar yang ada khususnya gajah supaya dapat hidup dalam keadaan baik.

“Maka mereka memohon bukan saja kepada saya tetapi juga kepada orang atasan termasuk pemimpin pusat supaya pembinaan jambatan itu dipindah ke tempat lebih sesuai kerana lokasi awal pembinaan boleh menjejaskan sedikit sebanyak hidupan liar yang berjalan dan menggunakan tempat itu,” katanya.

Musa berkata kepentingan penduduk tempatan untuk mendapat manfaat dari kegiatan pelancongan di Sukau diambil kira.

“Bukan hanya orang tertentu sahaja dan dari lain tempat termasuk dari Sandakan datang untuk mengambil peluang dan kita tidak melarangnya, tetapi peluang itu haruslah diberikan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Berikutan pembatalan projek itu, beliau turut mengumumkan persetujuan untuk memindahkan peruntukan membina jambatan untuk projek infra rakyat lain di Sukau seperti yang dikemukakan oleh Saddi

Terdahulu Saddi dalam ucapannya mencadangkan peruntukan RM73 juta projek membina jambatan itu disalurkan untuk tiga projek infra rakyat di Sukau.

Katanya tiga projek tersebut memerlukan peruntukan RM49 juta iaitu membina jalan raya di Pekan Sukau, menaik taraf Jalan Rancangan Suan Lamba dan membina Pejabat Daerah Kecil Sukau.

Turut hadir pada majlis itu Wakil Rakyat Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zakaria Edris,Pengarah Majlis Keselamatan Negara untuk Sabah, Datuk Rozi Mad Saad dan Pegawai Daerah Kinabatangan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse