Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

75 PATI ditahan dalam OBK ESSCOM

190517-lead-9
TAHAN … Sebahagian PATI yang ditahan.

19th May, 2017

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 75 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dalam Ops Bersepadu Khas (OBK) yang telah diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di sini, kelmarin.

Operasi yang bermula seawal pukul 2 pagi hingga jam 12 tenghari itu telah dilaksanakan di enam buah lokasi berasingan di sekitar Felda Sahabat, yang disyaki menjadi tempat persembunyian PATI.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kesemua PATI yang ditahan itu adalah terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia berusia antara empat hingga 70 tahun.

Kesemua mereka katanya, ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diminta berbuat demikian oleh pasukan keselamatan.

“Kesemua 75 PATI ini ditahan dalam operasi dan serbuan yang kita lakukan dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasa terutamanya di sekitar Kg Sinakut, Kampung Kalibong, Sungai Merah, TCP Estate/Pemborong Maju Estate, Simpang kampong Tungku dan Gold Crop Plantation,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan seramai 300 orang telah diperiksa pada mulanya, namun seramai 108 orang telah di bawa ke pusat dokumentasi untuk tujuan tapisan keselamatan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Mereka yang ditahan dan ditangkap akan disiasat dibawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/61, sebelum di hantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau untuk proses penghantaran pulang ke negara asal masing-masing,”ujarnya.

Dalam pada itu kata Wan Abdul Bari, sepanjang operasi berkenaan juga, pihaknya telah menahan seorang lelaki atas kesalahan positif Dadah jenis Methamphetamine (Syabu), kes akan disiasat di bawah Akta dadah Berbahaya 1952.

Manakala katanya, dalam operasi sekatan jalan raya, pasukan kesrlamatan jyga telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 56 tahun atas kesalahan membawa 3,480 karton rokok seludup pelbagai jenis yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan single cab putih jenis Toyota hilux yang dipandu oleh suspek.

Beliau berkata, antara jenis rokok yang dirampas termasuk 620 kotak rokok gudang garam, 1,580 kotak rokok Luffman Classics, 880 kotak rokok LA Bold dan 400 kotak rokok Minna International. Kes akan disiasat dibawah Akta kastam.

Sementara itu katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan sebanyak 20 keping saman atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu atau tamat tempoh, Lesen kenderaan Motor tamat tempoh dan lain-lain kesalahan lalu lintas.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada situasi dan maklumat risikan semasa bagi tujuan membasmi kehadiran PTI di daerah ini sekali gus menghapuskan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok dan minyak ke negara jiran yang membabitkan kalangan warga asing.

“Tindakan ini adalah perlu dan wajar diberi perhatian yang serius oleh pihak ESSCOM kerana mengikut rekod kita, PTI dikenal pasti sebagai penyeludup utama minyak petrol ke negara jiran Filipina yang akhirnya akan digunakan oleh penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah penculikan di perairan dan sempadan negara kita,”tegasnya lagi.

Sementara itu, operasi berkenaan telah disertai oleh seramai 451 pegawai dan anggota yang terdiri daripada agensi penguatkuasa seperti ESSCOM, PDRM, ATM, APMM, JPJ, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Perhutanan yang diketuai oleh Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal ESSCOM SAC Ibrahim Chin dan dibantu oleh Timbalannya ACP Victor Sanjos.

   
Email Print
   
 
 
E-browse