Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Hyatt Regency rai 59 kanak-kanak sempena Krismas |  Alyssa Dezek Selebriti kanak-kanak serba boleh |  190 mangsa terlibat simulasi hadapi banjir |  WCS berkonvoi ke Pantai Timur sambil membuat kebajikan |  Kem Sahsiah Guru perkukuh jati diri |  Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan tingkat hubungan dengan media |  IKM tawar kursus Pacuan Empat Roda pertama di Malaysia |  Polis tahan dua lelaki terlibat kes samun bersenjata |  Polis berusaha jadikan Tenom selamat, bebas dadah: DSP Firdaus |  Industri koko antara komoditi penting sumbang pendapatan negara: Nuhaini |  Towards producing a golden generation |  Stroll in the park for Penampang girls |  Ball in Mafry, Ronny’s court |  Keningau girls register second consecutive victory |  Homes razed, 27 firefighters’ help halt more costly damage | 
 BM

Bapa maut ditetak anak lelakinya

Untitled-1
ALI NORDIN...Mangsa yang mati.

19th May, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN (nazrini@newsabahtimes.com.my)

TAWAU: Seorang bapa berusia 56 tahun maut selepas ditikam dan ditetak anak lelakinya dalam satu pertengkaran di rumah mereka di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15, Jalan Apas di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata mangsa, Ali Nordin, 56, mati ditikam menggunakan pisau di bahagian leher dan ditetak dengan parang di bahagian kepala oleh anaknya yang berusia 27 tahun.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang juga suspek kes itu kini ditahan di wad kecemasan Hospital Besar Tawau ekoran pendarahan teruk di perut selepas bertindak menikam perutnya sendiri dalam kejadian itu.

“Kita menerima panggilan dari orang awam kira-kira jam 3.09 pagi memaklumkan berlaku kejadian tikam dan tetak itu dan kita percaya motif kejadian adalah disebabkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berlarutan sehingga menyebabkan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Fadil berkata ketika kejadian suspek turut dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Sebilah parang dengan panjang berukuran kira-kira 28 inci, sebilah pisau dengan panjang 10 inci berhulu plastik warna biru, sebuah telefon bimbit jenis VIVO berwarna perak dan sebuah botol minuman jenama Sprite berwarna hijau telah dirampas, katanya.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse