Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  SESB minamason do moomoguno maganu laang koumoligan lotirik |  Perkeso pinapataak cek kounalan RM120,708.42 kuminaa do bagas juruteknik id Nabawan |  Lahan id apat kampung au atahib do kulita tongonini binuzu hizud id Kinabatangan |  Perkeso Keningau pinapahabus 13 kompaun kigatang RM10,000 |  Tempuhi kehidupan baru dengan penuh keinsafan: Rahim |  Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP | 
 BM

Jabatan Penerangan perlukan pegawai mahir, matang sampaikan hujah

190517-pac-6a
CALON...Antara calon yang menghadiri PAC di Politeknik Merlimau.

19th May, 2017

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan memerlukan pegawai yang mahir dan sentiasa matang dalam menyampaikan hujah.

Menurut Panel Penilai, Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Penerangan S41, Taib Ubah, debat ala Parlimen digunakan untuk melahirkan pegawai yang bukan sahaja matang dalam berhujah tetapi juga bijak mematahkan hujah dengan idea yang bernas.

Jelasnya, calon-calon harus melepasi syarat-syarat seperti yang dimaklum oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu berkebolehan dari segi pengucapan awam, mahir dalam media sosial serta mempunyai kepimpinan untuk mengawal kumpulan dan organisasi.

“Kami turut memilih pegawai yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa, tidak hanya bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga bahasa Cina dan India ataupun bahasa etnik masing-masing.

“Selain Debat Ala Parlimen, aktiviti utama PAC adalah ujian personaliti, daya penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan dan Pengucapan Awam,” katanya ketika ditemui pada sesi PAC yang berlangsung di Politeknik Kota Kinabalu, pada Selasa.

Mengulas lanjut katanya, sekurang-kurangnya pegawai penerangan itu mempunyai kemahiran dari segi berdebat dan boleh memberi idea-idea yang bernas kerana berdebat bukan sahaja kemahiran dari segi komunikasi tetapi juga kemahiran berfikir di luar kotak.

Dalam pada itu, menurut panel kedua, Ariah Judah, pegawai penerangan perlu bijak menghurai dengan bahasa dan contoh yang sesuai.

“Kita juga perlu menjaga tatatertib ketika bercakap, agar dapat memujuk orang ramai dan memasarkan maklumat supaya masyarakat faham dan yakin dengan apa yang disampaikan serta paling penting menghayati dasar-dasar kerajaan.

“Selain daripada itu, hujah-hujah yang diberi pula haruslah relevan dan terkini serta signifikan tanpa perlu memburuk-burukkan pihak lain yang menunjukkan pemahaman kita terhadap sesuatu isu,” jelasnya.

Menurut Ariah, kami ingin melihat cara mereka berpidato dan berbincang sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan, bijak seimbangkan emosi, tidak mudah melatah dan marah untuk memastikan mereka mampu kendalikan emosi sebelum memberi taklimat kepada orang lain.

“Kita hidup dalam malaysia, maka maklumat yang kita hendak sampaikan untuk orang tempatan kerana ramai masyarakat di pinggir bandar tidak begitu memahami dasar-dasar kerajaan tetapi mempunyai semangat patriotik yang tinggi,” kongsinya.

Tambahnya, oleh sebab itulah kita kena pupuk semangat patriotik mereka supaya faham tentang dasar kerajaan dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang disampaikan di media sosial.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh panel ketiga, Nadzerah Abdullah dengan berharap agar calon-calon yang hadir mempunyai semangat persaingan yang tinggi dan memahami dasar-dasar kerajaan.

“Pemahaman dan keupayaan dalam bahasa Inggeris juga harus seiring dengan unsur-unsur semangat patriotisme dan kebolehan dalam media sosial,”katanya.

91 calon dari seluruh Sabah hadir untuk Program Assessment Centre (PAC) yang diwajibkan bermula tahun 2011 kepada pegawai-pegawai sebelum dipanggil sesi temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

   
Email Print
   
 
 
E-browse