Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

Pesta Ubi dirai pertama kali masyarakat Nabawan

190217-ubi-5
UBI KAYU… Bobbey menunjuk ubi kayu yang dipamerkan pada pesta ubi itu.

19th May, 2017

NABAWAN: Elau Eluui yang bermaksud Pesta Ubi yang diraikan pertama kali oleh masyarakat di daerah Nabawan memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi di daerah ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey A.Suan berkata, ini kerana melalui sambutan tersebut pelbagai produk makanan berasaskan ubi kayu dapat diketengahkan untuk di komersial secara lebih meluas. Katanya, pesta mempunyai matlamat dalam jangka panjang untuk memperkasa hasil hiliran yang lain.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis pelancaran elau eluii peringkat daerah Nabawan di dewan terbuka Majlis Daerah di sini pada Khamis.

Beliau berkata, melalui sambutan pesta berasaskan tumbuh-tumbuhan juga merupakan salah satu usaha daya tarikan kedatangan pelancong dan pelabur dari luar dan dalam negara.

Terdahulu dalam ucapannya Bobbey berkata, kerajaan negeri amat menyokong usaha mana-mana daerah di luar bandar untuk menganjurkan pesta seumpama ini dalam meningkatkan lagi pelbagai pendapatan sampingan masyarakat.

Tambahnya, selain menonjolkan ubi sebagai tanaman yang sudah dikenali sebagai sumber makanan sejak dahulu lagi, pesta ubi juga dapat memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan petani bagaimana mengkomersialkan produk berasaskan ubi.

Pesta ubi itu diserikan dengan pertandingan dan pameran hasil produk ubi kayu selain pertandingan angalang (tarian tradisi) dan lagu-lagu tradisi.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan selaku Pengerusi Induk Pesta Kaamatan Daerah Nabawan, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Nabawan Sungkim Rumangun selaku Pengerusi sambutan Elau Eluui, mantan Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Taimin Lumaing, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Selain elau eluui turut diadakan pesta panawari dan sambutan pesta kaamatan sehingga 20 Mei ini yang akan dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada Sabtu ini. -OLEH MARUTIN ANSIUNG (marutin@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse