Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Masidi: Masih ramai anak-anak TKI belum dapat pendidikan formal

1805_tki_2

19th May, 2017

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Kira-kira tujuh hingga sepuluh ribu anak-anak Tenaga Kerja Indonesia (TKI) atau Warga Negara Indonesia (WNI) di Sabah masih tidak mendapat akses pendidikan formal di institusi pendidikan atau swasta, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Jelasnya, selama 10 tahun kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju memberi peluang pendidikan menerusi Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK/CLC) kepada anak anak WNI/TKI di negeri ini, masih terdapat jumlah yang ramai lagi anak-anak berkenaan yang tidak mendapat pendidikan awal khususnya.

Justeru itu, beliau menyokong agar satu perbincangan khusus antara dua pemimpin negara ini dan negara Indonesia bagi memastikan semua anak-anak TKI mendapat pendidikan awal.

Oleh itu, katanya, kita harus memberi perhatian kepada anak-anak tersebut agar tidak tertinggal pendidikan yang sepatutnya kerana pendidikan itu satu asas utama bagi melahirkan insan berkualiti dalam pembangunan sesebuah negara.

“Pendidikan merupakan asas utama dalam melahirkan insan berkualiti bagi pembangunan sesebuah negara.. Dengan adanya Pusat Pembelajaran Komuniti, daripada yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal di sekolah sekolah kerajaan, berpeluang mendapatkan pendidikan,” katanya ketika berucap pada Seminar “10 Tahun Layanan Pendidikan Anak-Anak Warga Negara Indonesia (WNI)/TKI di Sabah, yang berlangsung di Hotel Four Point by Sheraton, di sini pada kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi.

Beliau menambah, melalui pendidikan alternatif Pusat Pembelajaran Komuniti anak-anak TKI di ladang di negeri ini tidak ketinggalan dalam arus pendidikan dalam global dan tumbuh berkembang menjadi anak-anak yang memiliki masa hadapan.

Selain itu juga dengan adanya pendidikan alternatif itu sekaligus dapat mengurangi dan membendung gejala sosial anak-anak, jenayah dan sebagainya selain dapat memastikan mereka memiliki kemahiran 3M iaitu Menulis, Mengira dan Membaca.

Justeru itu, beliau menghargai para majikan yang menunaikan tanggungjawab sosial dan memberikan sokongan dalam memberikan kesempatan pendidikan termasuk menyediakan fasiliti bangunan yang baik agar anak-anak lebih selesa belajar.

“Saya amat menghargai majikan yang menunaikan tanggungjawab sosial dengan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pekerja kerana pendidikan itu satu asas utama,” katanya.

Selain Indonesia, kerajaan Malaysia amat menitikberatkan terhadap pembangunan insan dan melalui Akta Pelajaran 1996 (Akta 550), dimana meletakkan dasar pendidikan yang mewajibkan pendidikan rendah bagi setiap anak-anak di Malaysia dan memperuntukkan orang tua untuk menghantar anak ke sekolah.

“Kedua-dua pihak kerajaan negara Malaysia dan Indonesia amat menitikberatkan pendidikan dalam kalangan kanak kanak khususnya sehinggakan anak-anak boleh mendakwa ibu bapa di mahkamah kerana tidak memberi peluang pendidikan kepada mereka (anak-anak),” katanya. lagi

Dalam pada itu, Konsul Jenderal RI Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Akhmad Daya Handasyah Irfan memaklumkan bahawa sehingga kini terdapat 227 Pusat Pembelajaran Komuniti dengan seramai kira kira 13 Ribu anak anak TKI di negeri ini telah mendapat pendidikan.

Hadir sama pada majlis tersebut, Konsul Republik Indonesia Tawau, Krishna Djelani, Sekretarist Direktorat Jenderal Guru dan Tenaga Kependidikan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Dr Nurzaman, Wakil Pengerusi East Malaysia Planters Association (EMPA) Thomas Lim.

   
Email Print
   
 
 
E-browse